RSS
Malaysia Web Hosting

05 August 2010

Cuci The Musical 2

Pernah tengok teater? Orang kata tengok teater lagi memberi kepuasan sebab dapat tengok live performace. Memang dah lama teringin nak pergi tengok. Tapi tak berkesempatan. Nak tengok teater P-Ramlee The Musical. Tapi tiket sold out. Teater Natrah lak,dapatlah tengok. Tapi tengok kat TV1. Masa tu sempena apatah, lupa lak. So,diorang tayangkan la teater Natrah tu kat TV. Tapi mana nak sama tengok live kan.

Ari tu dapatlah chance pegi tengok teater Cuci The Musical 2 lakonan Afdlin Shauki, Awie,Nabil, Hans Issac,Vanida Imran dan ramai lagi lah pelakon yang bagus2. Kiranya 1st time la aku tengok teater live. Yang season 1 punya dulu aku tak tengok. Rupa2nya ramai peminat teater ni yek. Tiket untuk weekend memang sold out. So, kenalah tengok week day. Itu pun hampir sold out gak…termasuk lah tiket yang harga lebih dari RM100. Wah!Cam goreng pisang panas.

Aku beli tiket yang 50 hinggit punya plus caj jadilah 53 hinggit. Untuk rakyat marhaen cam aku ni, kira mahal la juga. Nak beli yang murah sket harga 30 hinggit dah tak de dah.


But, I have no regret! Bak iklan Celcom~berbaloi-baloi! Show memang superb! Best giler! Gelak sakan! Pelakon semua best. Tak sanggup nengok si Awie yang body sasa tu jadi budak manja-Jojo. Walaupun show lebih dari 3 jam, tapi tak rasa boring langsung. Congrats pada semua yang terlibat!

Rasa2nya lepas ni boleh la tengok teater lagi hehehe…sokong lah industri teater Malaysia!



p/s Satu je tak best. Kerusi kat Istana Budaya tu rendah sangat la. Sakit lutut aku kena duduk 3 jam huhuhu….


 

20 July 2010

Tuah Ayam Nampak Di Kaki,Tuah Pengemis Kerana Seksi!

bismillah2.jpg

Dunia sekarang memang semakin aneh!

Kredit: Kosmo

pengemis-seksi.jpg

PAKAIAN Cheng Guorong semasa berkeliaran di jalan-jalan Ningbo, China kini menjadi fesyen selepas gambarnya disiarkan di Internet pada Januari lalu.

NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.

Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.

Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.
Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.

Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.

Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.

Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).

Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.

Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.

Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.

Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini. - Agensi

18 July 2010

Kerajaan Barang Naik



Minggu ni,selain daripada cerita Maya Karin bercerai talak satu, apa lagi berita yang hot tapi disuam-suam-kukukan oleh media arus perdana seperti Utusan Meloya,Berita Hairan, TV3/4 dan lain2 yg seangkatan? Berita apa lagi…Barang Naik la! Ah!Malas lah nak membebel panjang kat entry ni pasal benda ni. Tak guna. Bukan ada Pak Menteri yang nak peduli pasal bebelan aku yang hanya seorang rakyat marhaen ni. Buang karan je! Next PRU...lu pikir la sendiri!

Just nak share dengan pembaca semua artikel dari Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (ex-Mufti Perlis). TQ Dr.MAZA. Sharing is caring! (Kredit: http://drmaza.com)
Dr.Mohd Asri Zainul Abidin (Dr.MAZA)

AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN

"Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27). 

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan', "apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?". Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk 'mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An-Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?". (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperolehi ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

 

Nujum Pak Sotong, Peramal World Cup 2010

 

Demam World Cup 2010 dah berakhir. Lega. Semua dah tau team mana sang juara. Viva Espana! InsyaAllah,kalau panjang umur, bolehlah tengok World Cup lagi 4 tahun dari sekarang. Kali ini di negara yang terkenal dengan tarian samba yang hot tu- Brazil.
!!!!Amaran untuk pembaca yang beragama Islam, jangan percaya pada ramalan nujum.Takut terpesong akidah.
Dalam World Cup kali ini, ada satu makhluk Allah yang berjaya mencuri tumpuan dunia. Paul,seekor sotong kurita yang menetap di Akuarium Sea Life,Jerman, tak pasal2 jadi popular gara2 membuat ramalan tepat keputusan perlawanan World Cup. Termasuk keputusan perlawanan akhir yang berpihak kepada Sepanyol.
Paul,sotong kurita nujum World Cup 2010

Si sotong kurita ni juga mencetuskan kontroversi kerana berani meramalkan Jerman kalah di tangan Sepanyol pada perlawanan separuh akhir. Apalagi, hot la penyokong Jerman sebab dah la menumpang tinggal kat Jerman. Sampai ada ugut nak buat lauk sotong ni. Hhmmm…lauk apa sedap ya? Sambal tumis sotong kot? Ada juga cadangkan si Paul ni dibuang negara,hantar balik ke England tempat asal dia hehehe…sian Paul.
Nasib baik la si Paul ni tak tinggal ni negara yang penduduknya suka menyembah2. Mau diangkatnya sotong ni ke tahap dewata hehehe….
Walau bagaimanapun, tugas Paul dah selesai dengan tamatnya World Cup. Ini adalah World Cup Paul yang terakhir sebab dah masuk umur pencen. Kalau lah Paul ni boleh berkata2, mungkin dia cakap "Fuuhh!!!Lega!!!! Dapatlah aku hidup dengan aman-tenteram lepas ni. Apalah manusia ni,mende2 karut ni pun nak percaya.Aku main belasah je teka hahaha..."


23 June 2010

Ada Apa Dengan No. Plat


Apa signifikannya no. plat dengan kereta korang? Sanggup tak korang berabis duit semata2 nak kan no. plat yang spesel untuk keta korang? Ada orang tak kisah ngat. Apa2 pun nombor pun orait je. Janji keta boleh jalan dan tak meragam. 

Tapi ada gak orang yang suka pakai nombor2 tertentu je for whatever reason. Mungkin no. plat tu adalah tahun lahir dia.Macam aku la hehehe…Tapi tak bestnya kalau orang tau no. plat keta aku tu tahun lahir aku, so secara tidak langsung tau lah berapa umo aku. Tak dapatlah nak cover2 huahuahua…. Ada gak orang yang suka no. plet yang senang nak ingat mcm 7667, 2121 ,7800 dan lain2 lagi la. Tapi ada yangsuka no. plat yang caca-marba cam 7904, 4982,2873. Alasan nanti keta tak lah obvious sangat kalau jumpa kat jalan (hmmm…ni mesti kes banyak saman ni!). Ada gak yang bangga menayang2 no. plet yang guna 1 atau 2 digit  huhuhu…Ada juga percaya no. plat yang boleh mendatangkan ong macam 888, 1628, 168 (tak taula ong dari segi apa.Mungkin keta tak mungin kena saman kot?)

Tapi kalau ada orang sanggup berabis berpuluh ribu hatta beratus ribu sekalipun semata2 nak no. plat idaman…hmmmm…apa kes? Mungkin dah terlalu banyak duit sampai tak tau nak belanja kat mana lagi. So, belanja la kat plat keta. (Hello!Hello!Daripada korang buang duit kat plat keta tu, sedekah je la kat aku yang selalu sengkek ni huhuhu…). Entah lah manusia. Tak terasa membazir ke semata2 nak dapatkan plat sekeping tu?
Pasangan KCT
Aku tulis entry ni bukannya apa. Sebab terbaca pasal berita Datuk K (asben kesayangan penyanyi tersohor negara,Siti Nurhaliza) sanggup membida hingga RM66,550 semata2 nak dapatkan no. plat spesel KCT 1. Kalau no. plat je dah lebih RM66K, berapa la agaknya harga ketanya ya?

Sumber berita & gambar : Berita Harian

Datuk K dapat No. 1! Yeayyyy!!!!

Tapi still tak leh lawan, no. plat termahal kat Malaysia TAY 1 yang bernilai RM220,000. 

No. plat lain yang turut catat rekod, TAN 1 yang bernilai RM200,090 dan TAX 1 sebanyak RM165,000.

Kredit: http://carca-marba.blogspot.com
Sebelum ni plate TAN 1 pemegang rekod plat termahal di Malaysia, RM200,090. Kini berada ditangga kedua.

Ditangga ketiga termahal adalah no plat JJJ 1, RM120K.

Tapi ada satu no. plat tu, aku rasa orang Islam tak sanggup nak membidanya. HARAM!
BAB 1 (BABI??)

21 June 2010

Resignation Letter

Boring ngan keje sekarang? Nak resign? Tapi tak tau nak bagi alasan apa kat boss? Mungkin boleh amik template resignation letter kat bawah...



20 June 2010

The Cinderella Stories....

Apa story yang hot in the town pada minggu ni selain dari cerita pasal World Cup? Apalagi kalau bukan story perceraian Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan 2nd wife dia, Azrinaz Mazhar Hakim. Story ni memang agak mengejutkan walaupun Sultan Brunei tu bukanlah antara Sultan2 kat Malaysia ni. Tetapi since Azrinaz ni orang Malaysia, pernah jadi personaliti TV3, tu yang story ni jadi antara topik hangat minggu ni.

Kadang2 nak tergelak pun ada bila baca kat forum2 internet, orang speku pasal punca perceraian couple ni. Macam2 versi keluar. Yang tak masuk akal pun ada. Ada yang kata Azrinaz ni curi mahkota la, langgar peraturan istana la, pegi parti tanpa kebenaran Sultan la dan yang paling tak boleh bla ada pulak  kata sebab si Azrinaz ni makan maggie mi yang melanggar protokol istana hahaha!!!! Apa2pun punca yang sebenar2nya dah tak de jodoh. Dah tertulis sampai setakat tu je jodoh mereka berdua.

Sultan Brunei dan Azrinaz Mazhar Hakim

Macam Cinderella, story pompuan rakyat marhaen kahwin dengan kerabat diraja yang kaya-raya dan hensem,selalunya digambarkan hidup berbahagia hingga ke akhir hayat. "And they live happily everafter.....". Macam tu lah selalu endingnya. Tapi betul ke bahagia?
Kisah celebriti terutamanya golongan artis yang kahwin dengan kerabat diraja sering menjadi topik hangat yang boleh melariskan jualan majalah dan tabloid hiburan. Kalau bab kerabat diraja kahwin artis ni, yang mendahului carta adalah kerabat diraja Pahang. Dari bapak Sultan, Sultan, anak sultan, semua kahwin artis.Selain daripada Azrinaz, Mazuin Hamzah, artis popular 80'an pernah menggemparkan satu negara kerana berkahwin dengan adik Sultan Brunei, iaitu Pengiran Sufri Bolkiah dengan hantaran 1 juta. Tapi tak seperti Azrinaz yang kahwin senyap2, wedding Mazuin memang grand habis. Tapi, bercerai juga akhirnya.

So, pada sapa2 yang nak tahu Cinderella story yang lain, bacalah kat bawah ni ya. 
(Sumber dari Utusan Malaysia Online)

Norizan dan Sultan Perak:
Kisah cinta paling klasik di kalangan artis tempatan dan golongan bangsawan barangkali ada kaitannya dengan bintang filem Melayu, Allahyarham Norizan dengan Almarhum Sultan Perak, Sultan Yusof pada tahun 50-an.

Norizan disunting oleh Sultan Yusof bagi menyerikan istana baginda setelah terpesona dengan baik budi dan kejelitaan wanita berwajah Melayu klasik ini.

Bagaimanapun, tidak pula dicatatkan berapa tahun Norizan bertahan sebagai permaisuri Perak sebelum pasangan diraja itu bercerai.

Sebentuk cincin biru yang kini disimpan di Arkib Negara Malaysia adalah antara kenangan cinta Sultan Yusof kepada Norizan ketika kasih mereka bertaut.

Selepas berpisah dengan Sultan Perak, Norizan disunting menjadi isteri kepada seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Rumah tangga yang dibina itu juga tidak bertahan lama.

Ketika bersama Norizan, P. Ramlee mencipta lagu Tidurlah Wahai Permaisuri. Norizan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Mei 1992.
P.Ramlee dan Norizan

Maria Menado dan Sultan Abu Bakar:
Pada 1963, primadona filem Melayu, Maria Menado dilamar oleh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Seniwati yang berasal dari daerah bernama Menado di Indonesia itu memilih untuk bersara dari dunia seni dan menetap di bandar diraja, Pekan, Pahang selepas mendirikan rumah tangga dengan Sultan Abu Bakar.

``Saya tidak pernah menyesal dengan apa juga yang terjadi kerana semua ini ketentuan Allah. Malah saya rasa cukup bahagia ditemukan jodoh dengan almarhum, seorang suami yang penyayang dan pandai menjaga hati saya,'' ujar Maria dalam satu temu bual pada September 1996.

Perkahwinan kedua Maria dengan Almarhum Sultan Abu Bakar dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Tengku Norashikin, Tengku Idris dan Tengku Baharuddin.

Cinta Sultan Abu Bakar kepada Maria dibawa sehingga ke penghujung hayat baginda. Semenjak kemangkatan Sultan Abu Bakar, Maria hidup bersendirian bertemankan anak-anak sebelum bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Dr. Mohd. Husain Yusof pada 1978.
Maria Menado

Rafeah Buang dan Tengku Asmawi:
Kisah kerabat diraja berkahwin dengan artis tidak berakhir dengan kemangkatan Sultan Abu Bakar. Catatan bahagia artis dan kerabat diteruskan dengan perkahwinan artis jelita angkatan 60-an, Rafeah Buang dengan kerabat diraja Pahang, Datuk Tengku Asmawi Tengku Hussain.

Selepas melalui musim-musim cinta, Rafeah dan suaminya memilih untuk menoktahkan kisah cinta mereka ke gerbang perkahwinan pada 1971. Cinta pasangan ini juga hanya berakhir dengan kematian. Rafeah menghembuskan nafas terakhirnya pada 24 Julai 2002 kerana serangan kanser buah dada.

Selain lemak merdu suaranya mengalunkan lagu Udang Sama Udang dan Kenangan Di Rantau Abang, Rafeah juga dikenang sebagai isteri yang sangat setia dan tidak pernah bersikap meninggi diri biarpun hidup diselimuti kemewahan dan kebahagiaan.

Zuriat yang ditinggalkan oleh Allahyarham hasil perkahwinan ini ialah Tengku Ahmad Ashraff, Tengku Khairil Ashraf dan Tengku Amirul Ashraf serta seorang anak angkat, Nurul Iman Saleha.Tengku Amirul Ashraf bagaimanapun meninggal dunia pada 1993 ketika berusia 11 tahun akibat kemalangan jalan raya.
Rafeah Buang

Mazuin dan Pengiran Sufri:
Sinar gemilang dan kilau-kemilau majlis perkahwinan artis popular 80-an, Mazuin Hamzah dengan adinda Sultan Brunei, Pengiran Muda Sufri Bolkiah sehingga ke hari ini terus bermain di mata dan fikiran sesetengah peminat.

Bekas anggota kumpulan Quinnary M yang popular dengan lagu Cinta Palsu itu menggemparkan seluruh negara apabila dia dilamar putera diraja paling kaya di dunia itu.

Selain kisah cinta Mazuin dan Sufri mendapat liputan meluas di media,majlis pernikahan pasangan berkenaan yang diadakan di Istana Brunei juga diperkatakan sehingga bertahun-tahun lamanya.Pihak media yang berpeluang membuat liputan perkahwinan pasangan ini sudah tentu menganggap ia sebagai sebahagian daripada sejarah penting dalam kerjaya mereka.

Bagaimanapun, selepas berkahwin sukar untuk menjejaki pasangan ini. Tidak pernah ada sebarang berita dari istana mereka tersiar di mana-mana media, sehinggalah Suruhanjaya Tinggi Brunei di Kuala Lumpur baru-baru ini mengesahkan mereka sudah bercerai.

Sufri dan Mazuin disahkan bercerai pada Disember tahun lalu dan Mazuin kini hanya dikenali sebagai Hajah Mazuin Hamzah.

Mazuin Hamzah

Azreen dan Tengku Kamaruzzaman:
Sejarah mencatat bahawa artis Malaysia paling muda yang berkahwin dengan kerabat diraja ialah Azreen. Azreen berkahwin dengan Datuk Tengku Kamaruzzaman ketika usianya mencecah 16 tahun. (Ni pun dah cerai gak.)

Tengku Kamaruzzaman sebelum ini merupakan bekas suami kepada pelakon dan penyanyi bersuara lunak manja, Noreen Noor.
Azreen

Paula dan Tunku Azudin:
SEBAGAI celebrity, Sharifah Paula Malai Ali atau lebih dikenali sebagai Paula Malai Ali tidak dapat menghindarkan dirinya daripada menjadi perhatian ramai.

Justeru, pernikahannya dengan kerabat diraja Kedah, Tunku Azudin Shah Tunku Anuar pada 23 September 2002 diumumkannya secara rasmi pada satu sidang media yang diadakan di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur beberapa hari sebelum upacara pernikahan dijalankan.Paula terpikat pada kesederhanaan Azudin yang pada pandangannya sangat merendah diri dan tidak pernah memandang tinggi pada statusnya sebagai kerabat diraja negeri Kedah. (yang ni pun cerai gak akhirnya...)

Paula Malai Ali

Realitinya....tak semua yang berkahwin dengan kerabat diraja tu akan berakhir macam cerita dongeng Cinderella tu. Kekayaan,kemewahan dan wang ringgit tidak menjanjikan kebahagian berkekalan.Wallahualam....



11 June 2010

Makan BOLA! Mandi BOLA! Tidur BOLA! Mimpi BOLA! Semuanya BOLA!


Demam ini melanda lagi. Bukan hanya di Malaysia, tapi satu dunia. Demam ini melanda hanya 4 tahun sekali, tetapi penangannya mengalahkan demam denggi.

Demam apa lagi kalau bukan DEMAM FIFA WORLD CUP 2010!


Tahun ni World Cup berlangsung di Afrika Selatan. Walaupun aku ni bukan lah kaki bola tapi tahu jugalah hal2 bolasepak ni . Jangan ingat aku tak kenal Maradona, Pele, Zidane, Ronaldo, Beckham atau pemain generasi baru seperti Kaka, Rooney, Tiger Wood...ops!Did I mention Tiger Wood? Sorry! Silap Tiger Wood tak main bola sepak tapi dia main game lain. Hah!Apahal tersenyum2 sumbing tu? Maksud aku Tiger Wood main  game selain daripada bolasepak iaitu main golf! Jangan nak kona ke lain ya!

Suka atau tidak, demam World Cup ni tetap ada efek pada kehidupan kaki2 bola. Jangan tak tahu, ada insan yang sanggup ambil cuti  sebulan semata-mata World Cup. Ya lah, daripada mengulor tengok bola time keje, baik la cuti terus. Time keje,keje betul2. Time World Cup, tgk bola betul2. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika bulan World Cup ni akan bertambah lah attendance card yang berwarna merah. Atau mungkin tak berpunch langsung. Atau mungkin ada yang ke ofis semata2 nak punch card, lepas tu MIA! Fuh!Itulah penangan World Cup.

Group A
Group B
Group C
Group D
Group E
Group F
Group G
Group H
FRA
ARG
ALG
AUS
CMR
ITA
BRA
CHI
MEX
GRE
ENG
GER
DEN
NZL
CIV
HON
RSA
KOR
SVN
GHA
JPN
PAR
PRK
ESP
URU
NGA
USA
SRB
NED
SVK
POR
SUI
Senarai pasukan yang bertanding

Tahun ni World Cup berlangsung dalam bulan Jun. Bulan cuti sekolah. Bulan orang nikah kahwin. So,pada pengantin baru pompuan, kalau kena tido sorang2 tu, jangan lah nangis ya kalau asben baru anda lebih rela melayan World Cup dari membelai anda! Atau time ni mungkin the best time nak test samada your dearest hubby tu memang betul2 sayangkan anda atau ada benda lain yang boleh membuatkan dia tertarik-menarik-deboom selain daripada anda! Walau apa2 pun, anda sudah terlambat untuk mengambil tindakan drastik. Terima je lah asben anda tu dengan seadanya ya huhuhu.... TETAPI!Bagi anak2 gadis yang plan nak kahwin 4 tahun dari sekarang dan bakal asben pulak kaki bola, pastikan anda pilih tarikh yang tidak bertembung dengan bulan Word Cup. Jika tidak, jangan mengeluh jika anda terpaksa tidur bertemankan bantal guling! Jangan muncung jika terpaksa postpone honeymoon anda lepas abis World Cup!

Tetapi AMARAN untuk sang suami. Janganlah terlalu taksub dengan World Cup! Segalanya bola. Sampai terabai isteri dan anak2.Silap2 hari bulan, buka tudung saji, isteri anda hidang bola. Isteri mogok tak nak masak macam iklan Adibah Noor tu. Hah!Tak ke naya.

Tapi jangan tak tahu. Zaman sekarang ni bukan orang lelaki je yang jadi kaki bola. Orang pompuan pun ada yang sama spesis tau. Pada akak2 yang kaki bola tu, janganlah disebabkan dek World Cup, hari2 abang dan anak2 kena makan nasi bungkus. Paling tragis. hari2 kena telan maggie mee. Silap hari bulan, abang cari lain akak oooiii!!! Lagi haru, kalau akak sibuk layan World Cup kat tv, abang sibuk layan SMS bibik Indon kat bilik bawah!! Huhuhuhu....

Bulan World Cup ni bertambah lebar lah senyum tauke restoren2 mamak mcm kat depan rumah aku ni. Sebab bertambahnya orang melepak kat restoren dia. Ada orang lebih suka layan World Cup kat big screen yang dipasang di restoren mamak tu dari tengok kat rumah. Lebih happening lagi katanya. Maklumlah kat restoren mamak nak menjerit ke, nak memekik ke, nak mengutuk ke, nak men#%^&@ ke, you are free to do so. Lagipun ada gang lagi best nak memekak!

Musim World Cup ni makin gendut lah perut tauke2 judi. Sementelah zaman cyber ni, judi pun dah pakai online. Makin pening lah pak2 polisi nak memantau dan membanteras kegiatan judi World Cup ni. Tapi yang ironinya, kita sibuk nak menghapuskan judi, gomen kita lak nak meng'halal'kan judi. Apa2 pun, berlesen atau tidak, judi tetap HARAM! Tiada istilah judi HALAL! Itu pun tak boleh pikir ka? Poorah!

Sebut pasal World Cup 2010 ni, aku terharu dan sedey jugak sebenarnya. Terharu sebab rakyat Malaysia, Cikgu Subkhiddin Salleh terpilih menjadi salah seorang referee World Cup. Chaiyok!Chaiyok! Pengadil bertaraf world class tu. Bravo dan good luck Cikgu Subkhiddin! You made us proud! Bayangkan la kalau dia layangkan kad kuning atau merah pada pemain2 terkenal dan hebat seperti Wayne Rooney,Cristiano Ronaldo. Fuh!Sikit punya gempak tu!
Cikgu Subkhiddin, referee World Cup 2010 (encem gak yek!)

Aku sedey dan jeles sebab pasukan Asia seperti Korea dan Jepun dah dapat masuk World Cup. Tapi pasukan negara aku yang tercinta ni, Malaysia, bila lah dapat peluang tu. Sempat ke tidak aku nak tengok pemain Malaysia pulak beraksi di World Cup. Takkan hantar referee je. Aku sedey sebab mutu bolasepak Malaysia ni entah lah.. malas nak cakap... Very frustrating! Bukanlah bermaksud aku tak berjiwa patriotik. Kalau tidak, tak payah aku kisahkan nasib pasukan bolesepak kita. Baik aku sokong je pasukan negara lain. Tapi rasa dah lama sangat menunggu kebangkitan semula mutu pasukan bolasepak negara kita. Pada zaman arwah Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Jamal Nasir, pasukan kita merupakan antara yang terbaik di Asia. Tapi sekarang? Peringkat Asean pun terkial2 nak lepas. Lebih tragis lagi, Vietnam yang baru pulih dari peperangan tu pun dah boleh mengatasi kita.Why?Why?Why? Malas nak cerita arrr selagi orang2 besar FAM tu masih tak reti2 lagi nak turun takhta. Macam2 program dah dibuat. Berjuta2 duit dah hangus. Tapi mutu bolasepak negara masih kat takuk tu gak dan lebih parah makin merudum!

Pasukan bolasepak Malaysia beraksi

Apa2 pun, kita berharap agar World Cup kali ni tiada apa2 insiden buruk yang berlaku. Semoga semuanya berjalan lancar. Semoga semua happy dan enjoy tengok World Cup. Semoga pasukan yang bertanding menunjukkan mutu dan skill permainan yang superb.

Soalan cepu mas... Pasukan mana yang akan menjadi juara pada tahun ni? Brazil? Italy? England? Belanda? Hmmmm...ada aku kisah!