RSS
Malaysia Web Hosting

31 January 2010

The Unfinished Mission

bismillah2Pada 26/01/2010, jam 11.41 pagi, terima satu SMS yang di’forward’ oleh my big boss kepada aku.

“Salam. Projek pmbgunan ***** telah dibatalkan kerana tak masuk dlm agenda pd ** Jan nanti. Makluman dtrima setakat hari ni. Harap dapat stop dulu. Kami akan hubungi kalau ada perkembangan baru. Harap maklum dan mohon maaf. TQ”-

Dah agak dah. In fact, a day before I’ve already raised my concern to my big boss about this project. So risky. Marah? Tak, aku tak marah. Dah tak de rezeki. Keciwa? Tipu, kalau tak ada. Cuma rasa kesal dengan cara sesetengah kakitangan gomen bekerja. Very uncertain, tak sure dengan apa yang mereka nak buat. Buat kerja just “SAYA YANG MENURUT PERINTAH”, play safe. Suka buat ad-hoc project especially kalau ada menteri nak datang melawat.

sabarInilah risiko yang perlu dihadapi oleh company kecil macam company aku ni. Bila desperate, baru orang datang mencari. As a small player, we have to grab whatever opportunity comes. Walaupun berisiko kerana tak ada hitam putih. Especially, ad-hoc project macam ni. Lagipun, kita berniat baik, tidak ada prasangka. Nawaitu kita:

  • Mendapatkan projek (walaupun kecil) untuk menambah sumber kewangan company
  • Membantu manusia2 yang desperado

Walaupun tak ada sistem ***** yang full fledge tapi we all yakin boleh siap before deadline. Aku dah beberapa hari tidur pukul 4.00 pagi just to make sure dapat siapkan before **/01/2010. Maklumlah, dapat projek ni pun short notice. A week before, Mr. A and 2 other officers (Mr. B and C) from agency XYZ desperately contacted us asking for our help to develop a mock up ***** system to be launched on the ** Jan. Actually, they all dah ada dah system ***** ni. Tapi biasalah, projek agensi kerajaan. Half-cooked. Ada sistem, tapi content tak ada. So, bila boss kata nak launch sistem, ada Menteri lak tu, apalagi menggelabah rock la. Semua nak selamatkan diri masing2.

***** Catatan :Atas faktor2 keselamatan, nama2 orang, lokasi, tarikh dan tempat kejadian terpaksa dirahsiakan.

So, we all atas dasar seperti yang dinyatakan sebelum ni, cuba membantu mana yang patut. Lagipun, Menteri yang nak launch. Good for our company. Tapi, based on my observation from the last discussion we had with Mr.A+B+C, my conclusion : THERE IS NO EVENT FOR ***** SYSTEM LAUNCHING! Apa yang dikatakan so-called pelancaran tu adalah cuma acara selitan sempena kehadiran Menteri di satu majlis. Mungkin boss Mr.A+B+C nak bodek Menteri kot!

Yang funny nya, majlis tu pun bukan agensi XYZ yang anjurkan, tapi agensi lain. Agensi XYZ just menumpang je. So, macamana nak buat launching kat majlis orang? Aduhai!

Entry ni bukanlah nak memburukkan sesiapa, sekadar satu catatan dan perkongsian pengalaman, liku-liku yang terpaksa dihadapi oleh company kecik untuk mendapatkan projek rezeki yang halal. I try to look at the positive side of it (walaupun hati tangkap syahdu tapi belum sampai tahap leleh lagi hehehe!). Sekurang2nya, I dah ada mock-up sistem ***** yang boleh digunakan sebagai marketing material. Mana lah tau, tak jadi kat agensi XYZ, mungkin Allah SWT buka pintu rezeki kat tempat lain. InsyaAllah…

quranimageimage

Nota kaki **** Kepada pihak2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, samada hidup ataupun dah jadi arwah, aku minta maaf kalau ‘terasa pedas sebab termakan cili!’.

my signature5

28 January 2010

One Day In My Life

bismillah2 Last Friday morning,sedang bersiap sedia nak gi kerja,then dapat satu SMS dari pegawai ICT SUK Selangor. Alahai!Ni mesti pasal sistem kat Pejabat MB Selangor la tu.

“Salam.pg ni sistem ok..yg smlm error bler date thn lepas dmskan…kami tgu smpi thgari if ada apa2 problem sy gtau k.ina.thanks.”

Fuh!Lega..maksudnya tak payah la aku gi Shah Alam. Boleh la aku concentrate buat keje kat ofis. Ada satu kerja baru menanti. Just for confirmation, aku pun call la pegawai tu. So, confirm. Memang tak payah pergi.Yehhh!!!!

So, aku pun terus gi ofis yang jaraknya tak sampai la 10 minit perjalanan dari umah aku. Dokek yo. Tak payah den nak risau2 pasal trepik jem.

map  View of my home sweet home and office from Google Earth

Sebelum masuk ofis, singgah jap kat food court. Ingat nak tapau breakfast. Makan kat ofis je. Maklum la orang busy la katakan hehehe… Sambil makan tu nanti, boleh la check2 email (bad eating habit!). Tengah nak bayar, then satu SMS masuk:

“Salam, k.ina error yg sama jd blik. Nama pengirim..mohon dtg segera.thanks.”

Ayoyo! Kejap ada,kejap tadaaaa!!. Cam magic show lak.So, cancel nak masuk ofis. Straight go to site. Kena attend la, client kita kan. Kalau tak, bising lak diorang nanti he!he!he! (dah ada experience la tu!:-( ). Biasak la client, tang kita semua nak segera… tapi tang payment tak pulak segera!

Sampai kat site,macam biasak la.Godek2 sana-sini, problem settled. Huh!Actually aku rasa mungkin ada bugs yang tak dapat dikesan dalam sistem tu. Intermitten problem. Tak dapat nak trace kat mana actually the culprit. Rasa dah betulkan mana2 yang patut. Still jadik lagi. Hai!Apa la nasib. Since program sistem tu aku inherit dari my ex-programmer, so I’ve tried la my level best nak settlekan problem tu. Kalau nak ikut kan, skill programming aku dah berkarat. Maklum la. Semua system development, pass kat staf je. Especially,web development ni. Tak reti sangat.

Maklumlah zaman2 tok kadok aku belajar dulu, mana ada web2 ni. Kita memang hardcore programmer.Pascal, Cobol, C tu la mainan kitaorang. Semua main command line je. Tak de nak wizard2 ni. Monitor pun monochrome je yang skrin kaler hijau tu. Naik berpinar bijik mata kalau mengadap lama2. Time tu mana ada CD2x ni. Pakai cakera liut 5 1/4 inci je (cakera liut? ha!ha!ha! Siapalah yang come out with that translation). Bebudak sekarang silap2 tak kenal cakera liut. Maklumlah sekarang zaman pendrive. 

disketni la dia cakera liut atau omputeh kata floppy disk

Kena rajin buka buku kalau nak tengok contoh2 program (tapi aku tak rajin pun hehehe ;-). Bebudak sekarang ni aku rasa senang banyak. Semua ada kat depan mata. Google je. Apa sample program yang kau nak. Semua ada. Antara rajin  dengan tidak je, mau dengan tak mau je. (Eerrr!! Khutbah Jumaat dah start ke ni??).

logo-googleKalau nak ikut kan, tak payah aku nak susah payah, bebankan kepala aku nak baca coding2 ni semua. Suruh je staf aku pegi settlekan. Aku tunggu report je..hehehe…Tapi ye la, macam aku khabarkan dalam entry yang lepas, staf aku yang lain semua tight dengan projek masing2. Semua nak kejar deadline ---> kerana deadline ada kaitan dengan payment dari client ---> dan payment tu lak ada kaitan dengan $$$$gaji$$$$!!! Maklum je,company kecik macam aku ni tak de la keupayaan nak employ ramai2 programmer. Kang tak de duit nak bayar gaji lak!Naya je staf. Tak baik! No!No!No! Apa2 pun kita selalu pikir pasal staf dulu walaupun ada staf yang langsung tak peduli pasal kita hu!hu!hu! (sedih ni…:-( )

Since, hari tu hari Jumaat, so Pejabat MB tu ditutup awal sikit la untuk lunch time. So, ramai la yang dah keluar awal. Aha!Ini peluang!Kalau dulu tak de chance nak snap gambar kat Pejabat MB tu, kali ni line clear. Kalau pak guard nampak kat CCTV perbuatan aku tu..nasib la…hehehe…Tak de niat jahat tau. Saja je nak masukkan dalam blog aku ni.

DSCN0159Ruang menunggu Pejabat MB Selangor

Dalam pukul 1.30 tengahari, aku pun cabut la balik ofis. Kali ini ikut Federal Highway pulak. Konon nak jimat sikit duit tol. Pegi balik, baru RM3.20. Compare kalau ikut KESAS, RM9.80. Lagipun dekat sikit.

And this is the price I have to pay for my ‘berjimat-cermat’….aarrrggggghhh!!!! :-(

DSCN0160 TRAFFIC JAM!!!!

Dalam lenguh2 menekan pedal kereta menempuhi traffic jam sampai gak aku kat ofis dengan selamatnya. Aminnnn!!!!! So, masuk je ofis, apalagi bersilat la pulak dengan kerja baru yang menanti aku dari pagi tadi huhuhu :-(.

Stay back until 11.pm. Matahari pun dah lama terbenam. On the way balik, singgah kat restoren mamak jap untuk dinner.

22-01-10_2345Port favourite untuk makan2-Restoren Hajris Utama

Bayangkan dinner pukul 11.00 malam. Pekena mihun tomyam dan barli panas. Dah lapar..semua best!

22-01-10_2340 My dinner set

22-01-10_2343 Mamak sengih lebar nak kutip hasil

Balik my home sweet home, mandi, solat Isyak and zzzzzZZZZZZZZZZZzzzzzzz……..

my signature5

22 January 2010

Welcome Back To Work!

bismillah2 Last week, almost a week aku tak masuk ofis. Ponteng keje? No..no..no… Actually semasa entry Congrats Yuna dan Terapi Medan Elektrik ditulis, aku ada kat my hometown. Taking care of my parents. Both of them tak sihat sejak balik dari mengerjakan umrah. Emak start tak sihat dua hari sebelum balik Malaysia semasa berada di Taif. Mungkin cuaca di Taif yang sejuk sangat. Kesian mak :-(. Masa nak balik kat airport terpaksa pakai wheelchair kerana tak larat nak jalan. Ayah pulak tak sihat dua tiga hari lepas balik Malaysia. Demam,batuk dan exhausted.

Tak sampai hati lak nak tinggalkan mereka berdua terlantar kat umah dalam keadaan tak sihat. Adik2 pun baru je amik cuti panjang sebab ikut pegi umrah juga. So, tak kan nak cuti lagi. Itu pun cuti dah extend sebab lambat dapat visa (masalah biasa orang nak pergi umrah!). Mungkin itulah hikmahnya aku tak join they all buat umrah. Aku dah pergi dulu, bulan April 2009. Rupa2nya ada tugas dan tanggungjawab menanti.

Mungkin juga Allah SWT suruh take a break dari asyik nak pikir pasal kerja, pikir pasal duniawi. Time untuk berbakti pada kedua orang tua. Rasa berdosa kalau tak jaga dan biarkan mereka. Ya Allah! Jangan lah aku menjadi anak yang tak bertanggungjawab!

klinik Klinik Dr.Zaini, doctor fav my parents

11-01-10_1015 Tengah menunggu nak jumpa Dr. Zaini

Nasib baik company sendiri. Jadi boleh lah cuti panjang sket. Kalau keje dengan orang, alamatnya kena amik cuti tanpa gaji la. Big boss pun dah bagi green light. TQ Boss! Lagipun, aku boleh buat keje dari rumah. Asalkan ada laptop dan internet connection..beressss… Keje2 kat opis tu, nasib baik ada staff yang boleh diharapkan untuk backup. Thank you so much Idris and Kurin! Kak Ina really appreciate your help.

Alhamdulillah, semasa aku balik semula ke KL, mak dan ayah dan beransur pulih. Ayah dah berselera semula makan dan mak dah boleh masak sikit2 (indikator untuk ayah dan mak kalau tak sihat!). So, aku pun boleh lah balik KL dengan tenang.

So, minggu ni, back to normal yet hectic life. Meetings, presentations, discussions, project monitoring, site support, system installation, staff assigments, problem solving, company matters bla..bla..bla…

Well, this is the journey of my life….

life_quotes_graphics_05

my signature5

12 January 2010

Terapi Medan Elektrik

bismillah2 Baru2 ni aku telah diajak untuk join try satu terapi. Yang menariknya, terapi yang berasal dari Jepun ni menggunakan medan elektrik. Terapi ni didakwa mampu merawat masalah kesihatan seperti strok, darah tinggi, kencing manis, lelah dan macam2 lagilah penyakit zaman moden ni. Tetapi, yang membuat hati aku terbuka nak cuba-try-test-tengok terapi ni kononnya ia dapat mengurangkan berat badan juga. I repeat , “MENGURANGKAN BERAT BADAN! “
Kalau bab2 menguruskan badan ini, memang sah2 berjaya menarik perhatian aku. Kalau dapat turun sekilo-dua pun dah cukup bagus. Macam kebanyakan pompuan yang sekilogram dengan aku jugak la, kalau ada jalan shortcut (selain drp exercise!) nak mengurangkan lemak2 tepu kat body ni, memang minat sangat2..suka…suka….hehehe :-)
Pendek cerita, satu tengahari, aku pun pegi lah ke pusat terapi medan elektrik tu di Kelana Jaya. Nak citer lebih2 Kelana Jaya belah mana, akak pun tak dapek nak nolong. Sebab aku mengekor orang je. Tapi macam kat business center. Selain daripada Kelana Jaya, pusat terapi ni pun ada gak di beberapa lokasi lain.
Sampai2 kat pusat terapi tu, kalau untuk newcomer macam aku ni, kena daftar dulu untuk dapatkan kad ahli. Pusat terapi ni dibuka dari hari Isnin-Jumaat, 10 pagi hingga 2.00 petang dan 3.00 petang hingga 7.00 malam. Untuk sesi terapi, kita boleh pilih nak pukul berapa. Sesi terapi diadakan setiap jam. Yang bestnya, terapi ni dijalankan secara PERCUMA! Ya PERCUMA! Tak percaya ka…cuba lihat kat bawah :
06-01-10_1527Pusat Terapi Percuma
So, masa register tu, pendaftar tu pun tanyalah apa2 masalah kesihatan yang aku ada. Maka, mengadulah aku ni ada migrain, letih-lesu dan sakit lutut. Sakit2 yang lain aku rasa tak de. Alhamdulillah. Tapi, tak tergamak la pulak nak cakap pasal masalah lemak tepu aku tu huhuhu. Boleh masuk dalam kategori masalah kesihatan ke ni? Tapi yang nyata, penyakit(?) lemak tepu tak termasuk dalam senarai masalah kesihatan yang didakwa boleh dirawat oleh terapi medan elektrik ni.Cheh!Macamana informer aku boleh salah bagi info ni?
06-01-10_1441Masalah kesihatan didakwa boleh dirawat dgn Terapi Medan Elektrik
Sementara menunggu sesi terapi yang start pukul 3.00 petang, aku pun duk lepak2 la dulu. Nak hilangkan boring menunggu, aku pun bacalah testimonial pesakit2 yang pernah mengikuti terapi ni yang ditampal di pusat terapi tu.
06-01-10_1447Testimonial pesakit di tampal kat dinding
Then, seorang demi seorang datang kat pusat ni. Penuh gak la waiting area tu. Hampir semua yang datang tu Melayu dan dah masuk dalam golongan POP! (Nota : POP- Persatuan Orang Pencen ~ nama ini diberi oleh ayahku yang merupakan ahli POP juga~). Rasa2nya aku antara ‘termuda’ kat situ hahaha..
06-01-10_1455 Pakcik2 dan makcik2 sabar menanti sesi terapi
Kurang dari 10 minit sebelum pukul 3 petang, petugas pusat terapi tu pun bagilah green light untuk start sesi terapi medan elektrik tu. Hampir 30 orang join sesi petang tu. Aku pun dijemput masuk satu bilik yang dilengkapi dengan kerusi plastik. Satu pelapik di letak di tempat duduk dan satu lagi pelapik getah (macam alas kaki kereta je) diletakkan sebagai pengalas kaki.
06-01-10_1526 Bilik terapi
Satu alat yang mengeluarkan arus elektrik disambungkan pada pelapik tempat duduk tu. Masa aku duduk kat kerusi tu memang terasa la getaran kat kaki. Tapi, tak de la kita terasa macam kena renjatan eletrik. Kalau tidak memang naya la.
Mau tegak rambut dan kejung badan aku macam gambar kat bawah ni!  Electric-Shock
Aku tak tau lah secara saintifiknya macamana alat yang mengalirkan arus elektrik ni boleh membantu merawat penyakit2, tapi antara fungsi alat ni:

  • Mengalirkan arus elektrik untuk merangsang peredaran darah

  • Membersihkan kotoran dalam saluran darah

  • Menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal

  • Meningkatkan daya ketahanan serta mengimbangi hormon dalam badan

  • Membantu membina sel-sel baru
bios9000-small_03
Oleh kerana aku ni newcomer, so aku pun kena duduk kat baris depan. Masa tengah duduk tu tak dibenarkan makan,minum,tidur,baca dan bergayut handphone. Kena duduk tegak je. Ada la seorang mamat ini ditugaskan untuk memberi penerangan tentang rawatan terapi ni. Nasib baik pak lawak juga la mamat ni. Kalau tak, mau ada yang berdengkur dalam bilik tu sementara nak tunggu 30 minit sesi terapi tu habis. Kerana aku ni orang baru,1st timer, so mamat ni pun jadikan lah aku ni ‘tetamu undangan’ untuk petang tu. So, macam2 soklan yang dia tanya yang suruh aku jawab. So aku layan je la dengan poyo nya. Nak tolong ceriakan suasana. Kalau tidak kena duduk tegak macam patung cendana boring gak.
Dalam reramai yang join sesi tu, macam2 la masalah kesihatan yang diorang ada. Ada yang kena sakit buah pinggang, sakit jantung,strok etc. Bila dengar penyakit2 diorang tu rasa bersyukur sangat sebab setakat migrain, sakit lutut aku tu nothing kalau compare dengan penyakit pakcik2 dan makcik2 ni. Alhamdulillah kerana Allah memberi aku kesihatan yang baik. Tapi, mungkinkah apabila aku dah sampai umur POP aku pun menghadapi masalah yang sama? Wallahualam…
Selepas 30 minit, tamatlah sesi terapi tu. Menurut mamat perunding kesihatan tu, kalau nak tengok efek kesan rawatan ni, kena datang terapi 3 minggu berturut2. Hhmmm…tang ni yang den lomah ni. Al-maklumlah den ni kojo. Lain lah pakcik2 dan makcik POP tu. Diorang no problemo nak datang hari2.
Bila lah agaknya aku dapat buat lagi terapi ni yek..best gak..nak tengok efeknya. Betul ke penyakit lemak tepu aku tu dapat dikurangkan hahaha… Adakah esok, lusa, tulat, minggu depan atau bila aku dah berada di dalam kumpulan POP? Wallahualam… my signature5
p/s agak2nya company pengedar alat terapi tu boleh bagi aku komisyen tak sebab promote produk dia ni hehehe!!!

11 January 2010

Congrats Yuna & Dan Sebenarnya….

bismillah2 Kalau baca tajuk entry aku kali ni,confirm dah boleh agak dah. Ni mesti nak bercerita pasal Anugerah Juara Lagu (AJL) TV3 ke 24 yang baru berlangsung 10/01/2010. Semua dah tau sapa pemenangnya kan, Aizat dengan lagu Pergi.

Aku bukan nak komen AJL secara overall. Malas ah. Dah ramai orang bagi komen dan review. Ada yang puas hati dengan result,tak kurang juga yang sakit hati. Adat bertanding kan. Ada menang, ada kalah. Yang menang tu dah rezeki dia, yang kalah pulak, jangan berhenti berusaha.

Kalau ikutkan my personal preference, aku lebih suka Yuna jadi juara. Why? Bcoz, I really like her song, Yang Sebenarnya tu. One of my favourites. Ala-ala Norah Jones. Walaupun, aku ni dari zaman rock kapak, but I really love the song. First time dengar lagu tu kat radio dalam keta, terus aku suka. Tertanya gak sapa penyanyi lagu tu. Nak kata penyanyi Indon. Tak macam bunyi penyanyi seberang pun.

Aku rasa lagu ni lain dari yang lain. Very soothing, fresh and easy listening.Tak macam, sesetengah lagu. Terpekik2 penyanyi macam nak putus urat sore, yang mendengar lak macam nak terpecah gegendang telinga!

yuna

The talented Yuna

Then baru tau Yuna nyanyi lagu ni. Tapi tak pernah lak tengok dia perform kat mana2. 1st time tengok dia perform masa semi-final AJL. Not bad at all for a live performance. So, bila lagu ni dapat masuk final, aku bajet boleh jadi Juara. Tapi dapat 2nd place. OK la tu. Not bad for a newcomer.

Congrats Yuna! Harap2 bila dah menang AJL ni, akan lebih aktif berkarya dan produce lagu2 yang berkualiti. Not like some of the artist, baru satu lagu popular dah tenggelam.

For Yuna, you’re not just a talented young artiste, but also beauty with brain. You go gal!

Enjoy the song!

DAN SEBENARNYA…YUNA

Oh bulan
Enggan melayan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

my signature5

07 January 2010

1st Day At Work, 1st Problem At Site

bismillah2 4th January 2010,1st working day of 2010.
Yang ada anak nak masuk sekolah,memang 1st day ni hari huru hara terutama kalau si anak tu nak masuk darjah 1.
Yang dah lama bercuti panjang hujung tahun bulan Disember 2009 ari tu, bila nak kerja balik hmmm…yang pemalas memang liat tapi yang rajin amboi!bersemangat!
As for myself, today is just like any other day.Kat opis ada sorang staf baru join sebagai Software Engineer. Harap-harap yang ini ok lah. Jangan lah problematic gak macam ada beberapa ex-staff sebelum ni.
Tengah berdiskusi dengan staf,suddenly ada lak call dari Pusat ICT SUK Selangor. Sistem yang we all install kat Pejabat MB Selangor ada lak problem. Ayo maa… Ini memang problem. Sapa mau attend ini problem. Programmer yang in-charge dah cha-alif-but. Tak de replacement lagi. Nak minta programmer lain tolong backup, diorang pun sibuk nak siapkan projek masing2.Semua kejar deadline. Hellooooo…anybody??? Nampak gayanya akak jugak yang kena turun padang …huuuwaaaa!!!!!!!
So lepas copy the latest program kat dalam laptop, aku pun belah la gi Pejabat MB Selangor kat Shah Alam. As usual ikut KESAS highway.
DSCN0126KESAS highway yang clear
So far, jalan ke Shah Alam clear. Mungkin ramai cuti antar anak gi sekolah kot. Kalau ikut KESAS ni yang tak tahan duit tolnya.Cekik darah! Mahal betul! Kalau dari opis aku ke Shah Alam pegi balik RM9.80. Tapi ye lah…sendiri yang gatal nak ikut KESAS kan. Kalau nak jimat ikut je la Federal Highway tu, baru 50 sen. Tapi tak dijamin takde jam kat federal highway tu. So, lu sendiri mau ingat la beb!
DSCN0127 Tengah beratur nak mengorbankan duit ku
Sampai kat Bangunan SUK tu atau nama penuh Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kena amik visitor pass kat bilik guard dulu…
DSCN0129 Pintu 1 Bangunan SSAAS DSCN0130 Pass dan borang pelawat
Aik!Sejak bila lak kena isi borang ni?Hhmmm..nampak sangat dah lama tak pi melawat site. DSCN0128
Bangunan SSAS yang dah lama tak menerima kedatangan aku
Sistem kat Pejabat MB Selangor ni dah lama actually sejak tahun 2006. Sejak zaman Khir Toyo lagi. Projek ciput je. Maklumla tak de cable. Tak de juta2 pun, ratus ribu pun tak. Kalau berjuta, tak de nya aku sendiri nak pi support ni. Mungkin dah bersenang-lenang melancong kat oversea. Chet! Berangan! Tu sebab tak dapat projek juta2 agaknya.Nawaitu dah terpesong. Astaghafirullah…
Kadang2 terpikir apasal la aku tak gunakan peluang yang ada. Dah dekat dah kat Pejabat MB. Boleh lah minta projek ke, minta tanah ke, minta sokongan ke etc. Mungkin jenis tak pandai nak grab opportunity. Lagipun kerajaan PR ni sorry la nak buat camtu.Kang jadi isu lak..isk! Tak pasal2 nama aku masuk paper..jadilak macam kes Beng Hock…huh!minta dijauhkan Ya Allah…
04-01-10_1301 Express lift ke Pejabat MB
Nak ke Pejabat MB, kena naik lif yang so-called xpress ni. Sebelum naik kena touch pass visitor dulu then tekan nak pegi tingkat mana. Tapi, lepas dah masuk lif, kalau tiba2 nak tukar fikiran nak pegi tingkat lain, sorry la yek…tak ada button nak ditekan2 kat dalam lif tu…Hmm..sapa la punya idea lif macam ni… Macam tak friendly je..my opinion la.
04-01-10_1704
Welcome to Pejabat MB Selangor
Pejabat MB kat Tingkat 21. Environment cam pejabat kerajaan biasa. Tak de la grand. Teringin gak nak snap sekeping dua kat dalam pejabat ni. Tapi risau aarr. Kang tak pasal2 lak aku dituduh sebagai spy parti yang lagi satu tu huh..huh.. (u know what i mean!). Langsung kena ban tak boleh masuk.
Hari ni Pejabat MB lengang. Maknanya MB tak de ofis la tu. Kalau tak, penuh kat depan waiting area tu. Macam2 orang dengan macam2 hal nak jumpa MB. Pendek kata…macam2 ada la… Tapi caya tak,sepanjang buat sistem kat Pejabat MB Selangor ni, dah dua MB pun, tak pernah sekali aku terserempak dengan diorang. Kalau ada chance, mau juga aku snap gambar dengan MB dan minta sain autograf lagi. Lepas tu boleh lah share kat blog ni..hi..
So, lepas tanya lebih kurang dgn user apa problem nya, apa lagi kena la gali balik skill programming aku yang dah lama berkarat tu. Nasib baik la, masih ada saki-baki ilmu programming aku yang sikit ni. So, boleh lah digunakan saat darurat cam ni kan. Moral of the story, janganlah kita serah bulat2 kerja pada staf sampai tak tau apa2… Staf cabut, kita hilang punca, terkapai2, tak tau nak buat apa..
DSCN0151 Tengah menggali program
As usual kalau dah start problem solving tu, memang tak pikir benda lain dah… makan pun dah tak ingat. Tapi, lepas solat Zohor, aku beli gak lak something buat alas perut. Kang sakit sapa susah,akak jugakkkkkk yang susah…
04-01-10_1610 My lunch set
So, lebih kurang dekat2 pukul 5 petang, problem settled. Cheh!Problem ni cam tau2 je, gomen balik pukul 5 petang . Seiring dengan staff2 gomen yang lain, aku pun berebut la nak balik sama he….terasa cam org gomen lak..
So, itulah story mory tentang 1st working day aku. Macamana dengan 2nd day, 3rd day 4th day…..dan seterusnya sampai 31 Disember 2010? Tunggu….my signature5

05 January 2010

Mini Reunion

bismillah2 My BFF,Zura sudah lebih dari 10 tahun menetap di South Dakota,USA. Dah jodoh dia di sana kan. She is blessed with two beautiful kids, a boy (Daniel Mustapha) and a girl (Maya Amira). Pada 25 Disember 2009, Zura and dotter dia yang comel tu ada balik Malaysia untuk bercuti selama 2 minggu. So, terlanjur Zura balik tu, dia teringin nak jumpa kengkawan lama. I pun teringin gak he..he.. So, we planned nak buat reunion la konon2nya dgn semua ex-coursemate masa kat ITM (sekarang UiTM) dulu.

So,hasil dari last minute planning, ini lah korum yang datang…

Me-Zura-Maya-Effy-Deni from left : Little Maya,Zura,Deni,ME,Effy

Tolak Little Maya, 4 orang je la yang ada.OK la tu…kan…he..he.. Yang lain2 ada komitmen. Ya la..cuti panjang.Dgn budak2 nak start sekolah balik, kenduri, balik kampung dan macam2 lagi la..

Seronok jugak walau 4 orang je. Especially,kalau ada si Effy. Aduh!Nak gelak memanjang dengar celoteh dia.Dengan Effy memang dah lama tak jumpa. Lepas grad,langsung tak pernah jumpa. Almost 19 years… Dengan Deni,pernah gak keluar makan ramai2 masa zaman single-mingle dulu. Begitu jugak dengan Zura. Lepas dia kahwin dan migrate US, pernah jumpa sekali kat KLCC pada tahun 2006. Masa tu dia balik kejap with the whole family.

Macam2 kita gebangkan kat Hailam Kopitiam di Tesco Cheras tu..Kisah dulu, kini dan akan datang… he.. Yang tak tahan nak gelak tu, sempat lagi buka facebook masa gebang2 tu...

Untuk Zura,Deni dan Effy…I really enjoyed our moment together…

Sila lah lihat gambar2 masa gathering kat bawah yang diambil dengan camera cap ayam aku ni (ehem!)..

my signature5

03 January 2010

Tahun Baru,Kamera Baru

bismillah2 Sempena cuti Tahun Baru 01/01/2010, lepas abis sesi interview pagi tu,petang aku gi ronda2 kat Ampang Park lak. Saja jalan2, boring lak duk terperap kat umah. Rasanya dah lama tak gi shopping window shopping. Orang tak ramai,senang nak parking.Tak macam selalu.Kena beberapa kali pusing2 baru dapat parking.

Lalu kat kedai kamera tiba2 terpanggil lak nak masuk.Memang dah lama nak cari kamera.Selalu pakai kamera phone je. Tapi gambar dah tak sharp, blur je (ceh!alasan). Kadang2 pinjam kamera adik.Pernah gak ada beli kamera tapi sejak dah jadi hakmilik company ni tak tahu la simpan kat mana.

Saja je tanya2 salesgirl Melayu tu.Nak cari yang murah2 je.Tak payah nak mahal2 pun.Asalkan boleh snap cukup la.Lebih2 lagi dah ada blog ni,senanglah nak upload gambar kan (ceh!alasan lagi). Tapi,salesgirl tu tak berapa pandai nak layan. Boring la.Tak pe dik!Akak pegi ronda2 dulu.

Lalu satu lagi kedai kamera,redah je masuk. Salesman cina ni agak peramah.Aku cakap aku nak camera yang tak mahal punya.Basic function. Dia pun introduce aku satu model Nikon. Bersungguh2 dia explain semua function yang ada dalam kamera tu.

clip_image001

2nd kedai kamera di mana aku telah diperdayakan...huhu..

So,hasil dari pujuk rayu dan ayat2 power salesman cina tu,maka aku pun terbelilah ......(macam bunyi terpedaya je... hu hu)

01-01-10_2054 Kamera baru ku

Harga boleh tahan la...sesuai untuk orang2 yang tak berduit berjimat macam aku.Tapi kan,kalau dapat yang lebih canggih lagi best kan..kan... Gambar mesti lagi cantik. Dah beli eeerrrr....rasa macam tak best jek. Hmmmm!Manusia memang tak pernah puas.Tak tahu nak bersyukur.Astaghfirullah....ampunkan diriku ya Allah.

Bersyukur lah dengan apa yang ada dulu,ikut kemampuan kita.Nanti jika ada rezeki lebih boleh lah beli yang lebih canggih (ayat nak pujuk hati hi...hi...)
So,lepas dah selamat beli kamera dengan duit plastik aku (credit card la tu), tiba-tiba rasa lapar lak. Jom pekena McD. Dah lama tak makan kat McD. Hari tu aku pekena set 'prosperity burger'. Purposely makan prosperity burger pada 01/01/2010 ni. Hope 2010 will be a prosperous year for me...InsyaAllah...Amin....

clip_image003
McD Prosperity burger..model pertama camera Nikon baru ku ini...

Lepas sesi memperabihkan duit menambah utang kat Ampang Park tu..sampai aje kat umah, apa lagi ...jeng..jeng..jeng...sesi menge'test' new toy aku tu pulak..he..he.

clip_image004
my home sweet home..jadi bahan testing
clip_image005
test lagi...
clip_image006
dan lagi...

clip_image007
my japanese carp lak jadi bahan testing

clip_image008
candle perhiasan pun tak terlepas jadi mangsa

So far ok la camera ni untuk novice macam aku ni. Tak sabar2 nak amik gambar dengan camera ni dan upload dalam blog aku nanti... my signature5