RSS
Malaysia Web Hosting

13 March 2010

Take Me Home, Country Roads


bismillah2 
Country roads, take me home
To the place I belong
Alor Gajah, Negeri Melaka
Take me home, country roads…..
Sapa tau lagu kat atas? Mungkin ramai tak tahu, maklumlah lagu zaman2 otai. Lagu ni dinyanyikan oleh John Denver, American country/folk singer-songwriter yang terkenal pada tahun ‘70an dulu.  Dah meninggal dalam plane crash.
denverInilah John Denver, pada sapa yang tak kenal tu 
 
 
Apo yang ekau tekojut tu jang?. Ooohh….ado lak Alor Gajah, Negeri Melaka dalam lagu tu yo hehehe… Itu aku yang saja2 tukar nak sesuaikan dengan entry kali ni. Tak de maknanya John Denver tu nak nyanyi lagu sebut Alor Gajah, Negeri Melaka bagai. Mau tergeliat lidah mat saleh tu.
 
Apa lak kaitannya lagu ni dengan entry aku yek… Tak de apa la sangat. Saja je bikin saspen huahuahua…
Actually, bebaru ni aku gi outstation lagi. Bunyi cam best je kan. Ha!Bukan jalan2 cari makan tau, no..no…no.. tapi jalan2 cari rezeki. Kena buat presentation sistem kat Alor Gajah.
 
Ya,Alor Gajah…tanah tumpah darahku, tempat aku dilahirkan. Cheh! Nostalgia gitu! Itulah sebabnya aku pilih lagu John Denver kat atas tu. Kira jalan balik kampung la ni
alor gajah Pekan Alor Gajah yang colourful
On the way pergi ada lak eksiden, lori terbalik. Nasib baik highway tak jam.
 DSCN0564 Lori malang yang terbalik
Appoinment pukul 2.30 petang. Oleh kerana sampai kat Alor Gajah agak awal, so we all pekena cendol dulu. Gerai cendol ni terletak kat tepi parking lot sebelah  Muzium Alor Gajah.
10-03-10_1410  Gerai cendol yang famous kat Alor Gajah
10-03-10_1350
India asben & wife ni specialize buat cendol je. Benda lain dia tak jual kat gerai ni.
Aku respek la camne ane India asben & wife ni boleh dapat parking lot buat bisnes cendol ni ya? Agaknya dia sewa bulan2 dari MPAG kot  . Whatever it is, cendol dia memang sodap! Cukup lomak, kacang dan cendolnya. Kalau nak letak pulut pun boleh gak. Yummy!Yummy! Murah je. Satu mangkuk kecil baru RM1.20 (tanpa pulut). So, sapa2 yang datang Alor Gajah ni, sila2 lah  menyinggah kat gerai cendol ni ya.(Ane,ini saya kasi promosi sama u. Boleh dapat free cendol ka?)
10-03-10_1400Cendol yang meliurkan dan sesedap rasa…penuh satu mangkuk.
(Tolong abaikan background biru kat belakang ya)
10-03-10_1358  Kejap ada, kejap tak de. Semangkuk cendol yang dah licin.
10-03-10_1408 Bukan 1, tapi 4. Camne tu, minum cendol 3 orang tapi mangkuk licin ada 4.
Ha? Lu pikir la sendiri!
Lepas pekena cendol yang best ni, we all pun bertambah semangat untuk menjalankan tugas. Chewah!
Presentation petang tu buat dekat Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.
DSCN0566 Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah ni bersebelahan
10-03-10_1439 Tengah buat presentation. Ramai juga yang datang (atau kena paksa datang hehehe)
Lepas presentation tu, macam biasalah ada sajian untuk kudapan (acara wajib setiap kali meeting di pejabat gomen). Alhamdulillah…rezeki. Memang lapar pun, minum cendol mana cukup hehehe…
10-03-10_1552 Makan2 yeah!
Lagi best, bila dijamu dengan kuih udang Alor Gajah yang famous seantero Malaya tu!
10-03-10_1553 Kuih udang Alor Gajah yang meliurkan (lebih2 lagi bila lapar!)
Lepas dah selesai membelasah kuih udang, sempat jap menyinggah kat gerai makan depan PDTAG tu. Bukan nak makan no…no..no…dah puas menketedarah kuih udang tadi tak kan lapar lagi kot?. Tapi nak tapau kuih udang bawa balik KL.
DSCN0568 Gerai makan jual kuih udang yang berwarna ceria
DSCN0567 Bangunan PDTAG di seberang jalan je.Memang sohih,kuih udang aku makan tadi beli dari gerai kat sini.
10-03-10_1621Tak cukup tangan Tauke kuih udang amik order
Ha!Bos nak tapau untuk staf kat ofis. Baiknya bos…ingat gak kat staf ya walaupun staf selalu bikin kepala bos banyak fening lah!
 
Masa nak balik teringin lak nak lalu depan kampung halaman aku. Nak tengok rumah di mana aku dilahirkan. Aku tak lahir kat hospital. Dulu2 orang bersalin kat rumah je. Tak pergi hospital pun. Mak Bidan je yang tukang sambut baby,
DSCN0569 Rumah pusaka, tempat lahir aku
Inilah rumah pusaka tempat aku dilahirkan dan dibesarkan sehingga berumur 10 tahun.Rumah ni terletak kat Kampung Dalong, kira2 5 km dari pekan Alor Gajah. Betul2 tepi jalan on the way ke arah Tampin. Dah agak usang tapi tangga batu (trademark rumah2 kat Melaka) still maintain cantik. Rumah ni disewakan. Nasib baik ada juga ya nak sewa rumah2 kampung. Kalau tidak usang macam tu je la tak berpenghuni.
 
Al-kisahnya, suatu ketika dulu, rumah ni adalah rumah tercantik kat kampung Dalong ni. Jangan tak percaya. Dulu2 rombongan bas persiaran selalu berhenti depan rumah ni sebab nak ambik gambar. Kira glamer la time tu. Aku ingat lagi,  arwah Datuk tanam pokok bunga seri pagi (alaaa..yang bunga color purple tu) sepanjang pagar. Memang sangat cantik. Halaman rumah sungguh bersih dan terjaga. Hari2 arwah Puan (panggilan untuk nenek kat kampung aku) dan Datuk akan sapu laman. Keliling rumah ada pokok buah2an. Ada durian, manggis, rambutan, mangga, ciku. Pendekata kalau musim buah tu, tak payah beli. Petik je kat pokok atau kadang2 panjat macam Tarzan.
 
Tapi itu dulu. Sekarang semua dah jadi sejarah. Aku peratikan banyak gak rumah2 tinggal kat kampung2 ni. So, moral of the story. Tak payah la nak buat rumah yang besar2. Nanti bila kita dah pergi tak kembali, rumah kena tinggal gak. Anak2 pun balik sekali-sekala je. Itupun kalau ingat nak balik. Masing2 dah ada rumah sendiri. Lama2 rumah pun bertambah usang dan tunduk menyembah bumi.
On the way balik, singgah jap kat Masjid Al-Hidayah Simpang Ampat untuk bersolat.
DSCN0570 Masjid Al-Hidayah Simpang Ampat yang sedang dalam renovation
Lepas solat, balik KL lah,apa lagi. Balik? Belum lagi huahuahua….Tak abis story mory lagi ni. His!Panjang lak entry aku kali ni. Sapa2 yang boring baca tu, sori yek!
Kat seberang jalan dari masjid ni, ada satu gerai jual pulut panggang yang the very the sedap. Ha!Ini semua si Buck punya recommendation la. Buck ni my Business Development Manager. Pakar dalam bab mencari port makan yang sedap2 kat Malaysia ni. Cakaplah nak makan apa yang best2 dan kat mana. Gerenti dia boleh rekomen kat ceruk mana nak cari!
DSCN0572My Big Boss dan En.Buck tengah shopping pulut panggang.His!Shopping makan kalah orang pompuan!
DSCN0574 Tengok tu!Menggunung pulut panggang. Kejap lagi abis la tu!
DSCN0573Macam2 jajan ada dijual disini. Sokonglah produk tempatan!
At last, abis gak story aku balik ke kampung halaman ni. Tapi yang tak bestnya, on the way balik, terserempak lagi dengan eksiden. His! Apa ni. Pergi jumpa eksiden, balik jumpa eksiden. Dua2 lori lak tu. Dua2 terbalik.
DSCN0575 Musykil????…Pose lori terbalik macam sama je dengan masa pergi tadi
Anyway, Alhamdulillah, selamat sampai ke KL. Dan selamat jugalah kuih udang Alor Gajah yang ditapau oleh Bos dibelasah oleh staf2 aku kat ofis…hehehe…
my signature5

American Idol Top 12 Shock

Poor Alex Lambert! The mulleted timid, sweet, southern kampung boy did not make to the Top 12 American Idol Season 9..huhuhu… My prediction was all wrong. Looks like my halwa telinga does not have the same frequency with the AI voters or else…they all ni pun sama bingai dengan voters AF hahaha…. Anyway, this is the reality of a reality show. Sometimes people tend to choose popularity over talent. Maybe Alex shyness, stiffness, not-so-confident look did not help him much to win the voters’ hearts.
alex The mulleted Alex Lambert with unique voice
But surprisingly, many also shared the same thought that this kiddo should not be eliminated so early. Not at this Top 12 stage. Should be given more weeks to build up his confidence coz he has so much potential. Many agree that his voice is unique and distinctive. 
alex2
Alex’s supporters  comments 
Again, this is a reality show, it is. Lots of surprises. Who knows..maybe a big recording contract is waiting for him out there. Good luck Alex!
my signature5

07 March 2010

Boring Life ? Find A Hobby!

bismillah2 

"All work and no play makes Jack a dull boy." -- Don't be Jack, get a hobby!

Ada orang bila time kerja merungut, boring banyak kerja. Tapi, bila time cuti, merungut jugak, boring tak tau nak buat apa! Hhmmm….manusia…manusia…Semua tak kena! :-(

Why not find a hobby! According to Wiki---:

“A hobby is an activity or interest that is undertaken for pleasure or relaxation, often in one's spare time.”

Zaman sekolah dulu2, bila cikgu suruh buat karangan, hobi2 standard yang keluar dari minda bebudak sezaman aku biasanya main bola, melukis, baca buku, main congkak, main polis sentri dan lain2 yang mak bapak tak keluar banyak belanja. Compare dengan hobi bebudak zaman sekarang, main PS3, main Barbie Doll, collect Transformer Toy, internet, SMS..pendekata …kempis poket mak bapak!

Itu cerita bebudak2. Bagi orang dewasa pulak, macam2 hobi yang ada. Ada suka memasak, main futsal, fotografi, memancing, melancong, shopping (hobi yang tidak digemari oleh kaum Adam!)….pendekata..macam2 lah yang boleh dibuat untuk mengisi free time. So, kalau ada yang tak tau nak buat apa masa cuti2 tu, hhmmm….something wrong somewhere!

Kalau aku lak, hobby2 standard biasalah… baca magazine, tgk TV, mentenet, blogging (macam sekarang ni!) dan juga tidur. Eh! Tidur boleh masuk dalam kategori hobi ke? Whatever lah…

Boring la kalau cerita panjang lebar hobby2 standard tu kan. Actually,aku ada gak hobby lain yang aku nak share dalam entry kali ni.

So, keep on reading ya my dearest reader!

Fridge Magnet Collection

I don’t really remember when actually I started this hobby. Dah banyak gak fridge magnet (FM) yang aku collect. Sampai naik penuh depan fridge aku kena lekat dengan benda2 alah ni. Dah berapa bijik FM aku ni ya? Hmm…malas lak nak kira. Aku prefer collect travel FM. Ala yang kat FM tu ada nama2 tempat. So far dalam collection aku ada travel FM dari Medan, London, Yogja, Swiss, Las Vegas, Singapore, Vietnam, Iran, India dan lain2 lagilah. Travel FM local pun ada gak macam dari Sabah, Sarawak, Langkawi, Melaka, Penang  bla bla bla…

DSCN0437 My FM Collections

Biasanya FM ni aku beli masa pegi holiday. Ada jugak yang beli secara online dan  exchange dengan FM collector yang lain. Rupanya ramai peminat FM ni sampai ada yang buat bisnes jual FM kat internet.

The latest collection yang aku dapat ialah FM Tower Bridge London. TQ Kak Ngah sebab masih ingat nak belikan aku souvenir. Terharu huhuhu… Macam tau2 je aku suka FM. Suka..suka…(Wah!Bestnya Kak Ngah dapat pegi holiday kat UK. Lama lak tu!).

DSCN0558 My latest FM collection

Tak taulah kenapa aku suka collect travel FM ni. Bila nak amik apa2 dari fridge, selalu la aku dok belek2 FM aku tu. Rasa seronok je dapat tengok negara2 kat FM tu. Tak dapat pergi, dapat tengok FM pun jadilah. Boleh jadi inspirasi untuk kerja lebih kuat dan rajin lagi supaya cukup ongkos nak pegi holiday kat negara2 tu.

So, sapa2 yang pergi travel ke mana2 tu, kalau nak belikan aku souvenir, tak payah susah2 pikir. Belikan aku FM pun dah cukup bersyukur. Tapi, ada ke yang sudi nak belikan ya huhuhu….

Greeting Cards Collection

Selain daripada FM, aku jugak suka collect greeting cards. Yang bestnya hobby ni sebab aku tak payah keluar banyak belanja. Kebanyakan greeting cards tu, orang yang bagi. Aku terima dengan senang hati lalalalala…. Tapi kalau dah berkenan sangat tu, aku beli sendiri je.

DSCN0456My greeting cards collection

I love to collect greeting cards because the designs are so nice and creative. While the wordings are also beautiful and meaningful. But the most important reason is that I really appreciate what people has given me. Although some of the cards are not that expensive, but it’s the thought that counts. 

DSCN0460My greeting cards album

Aku memang amat menghargai greeting card yang orang beri. Biasanya aku simpan baik2 dalam album. Bila boring2, aku belek2 balik greeting card ni. Kadang2 aku senyum sendiri bila baca balik ucapan2 dalam kad tu…Nostalgia  gitu!

Ada diantara greeting cards tu dalam collection aku lebih dari 20 tahun! Contohnya kad kat bawah ni. Kad ni dari kakak2 senior ex-housemates aku masa belajar kat ITM Kuantan dalam tahun ‘80 an. Wah!Kalau simpan lagi lama boleh jadi barang antik kan. Mesti ada value. Agak2nya berapa juta laku? His!Berangan lebih! Doa umur aku panjang supaya sempat greeting cards yang aku collect ni jadi barang antik! Kalau aku tunjuk balik kad2 ni pada kawan2 yang bagi tu, mesti diorang terharu sebab aku masih simpan lagi dengan baik huhuhu…

DSCN0449Greeting card from my ex-housemates Room 2402,Bukit Sekilau,ITM Kuantan

Ada greeting card untuk birthday, friendship, good luck, goodbye (nak blah dari company pun ada orang bagi greeting card jugak ye..hehehe…). Tapi yang tak bestnya, greeting cards collection aku sekarang bertambah setahun sekali je. Masa birthday! Lagipun zaman sekarang ni orang lebih suka hantar virtual greeting card je huhuhu…. Jimat kos! Nampaknya kena cari hobby lain la nanti.

Selain dari collection FM dan greeting cards ni, aku ada juga hobby lain. Tapi cerita kat next entry la kot. Kalau cerita panjang2 kat entry ni, boring lak baca!

Apapun hobby yang kita ada, pastikan ia berfaedah, memanfaatkan masa lapang kita dan dapat membantu release tension ok..my signature5

05 March 2010

American Idol Is Back!

Last night aku layan American Idol! Apasal ternganga tu? Tak percaya ka? Percayalah…aku follow gak American Idol (AI) tau. Bukanlah sampai level kipas-berani-mati ya. Tapi ikut jugak la perkembangan American Idol ni. Sekurang2nya tak la aku terlopong je bila orang cerita pasal Ryan Seacrest, Kelly Clarkson, Adam Lambert, David Cook, David Archuleta dan pengkritik bermulut laser si Simon Cowell.

idol-logo

Diam tak diam, AI dah masuk season 9. Sebenarnya aku layan AI ni pun baru2 je. Masa awal2 season dulu tak berapa nak amik pusing. Aku rajin layan tengok AI ni especially time audition session. Tergelak nengok macam2 gaya orang nak jadi star, nak jadi popular. Nyanyi pitching ke Laut Antartika pun ada hati join gak. Sain maut nak kena laser dengan si Simon Cowell tu la jawabnya!

simon Si Lazer Simon Cowell

Malam ni group Top 10 guys perform. Dalam reramai tu, aku suka dengar sore si Alex Lambert. Nama cam nak sama dengan runner-up last season Adam Lambert…tapi jangan ‘kecenderungan’ sama dah lah ya! Haru! .

adam Si G** Adam Lambert

Alex voice tone is so unique dan sedap didengar (ikut halwa telinga aku la, orang lain dunno). Si Alex ni budak kampung ulu mana la kat US tu. Stage fright memang obvious masa 1st performance last week. This week dah relax sket. Aku bet mesti ramai girls yang vote dia sebab boyish look dia tu. Shy2 cat gitu. Muka innocent je. Lagipun muda-belia lagi, baru 19 tahun. Cuma stage presence kureng sket. Ah!Tak kisah la. Janji sore sedap.

08_alex_lambert Si Pemalu Alex Lambert

Alex reminds me of David Arculeta, runner-up season 7. David at that time was only 16 years old but yet he has a great voice. Suka sore David dan personaliti dia, cuma tak de rezeki nak menang. Tak kisahlah..sekarang dah popular pun.

david-archuleta Si Adorable David Archuleta 

Selain daripada Alex Lambert, sore Lee DeWyze pun best gak. Ada commercial value gitu , kalau buat album boleh jual lah. Style pun ada. Yang lain2 tu, so-so je. Tapi, it’s too early nak kata sapa boleh jadi the Next American Idol. Group Top 10 girlz belum perform lagi. Kadang2 masa awal2 ni diorang tak berapa menyengat. After few weeks, bila dah comfortable dan dah dapat rentak, barulah contestants ni all out.

However, I do hope Alex Lambert will stay many,many weeks. Lagi bagus dapat gi final.Becoz, bak kata Simon Cowell, “you are a good singer!”. Simon, I do agree with u!

Layan la 2nd week performance Alex Lambert ni ya…Everybody Knows by John Legend.

Alex Lambert-American Idol Season 9

my signature5

03 March 2010

The Silence of The Lambs

bismillah2
Satu lagi kisah tragis!
Satu lagi makhluk durjana!
Seorang lagi kanak2 comel yang malang!
Syafiah Humairah Sahari, mangsa terbaru makhluk durjana! Tak sanggup nak dibayangkan, tubuh anak yang comel itu didera dan disepak terajang. Apalah dosa anak ini didera sampai mati. Makhluk durjana yang membuat anak kecil ini menderita memang tak layak dipanggil manusia, waima binatang sekalipun! Sebab haiwan pun tau sayangkan anak. 
Syafiah sayang, berakhir sudah penderitaanmu. Semoga kau riang menari dan berlari di syurgawi. Berbahagialah di samping Pencipta mu.
Apa la nak jadi dengan negaraku yang tercinta ni? Dah rasa tak selamat lagi. Kes Syafiah meningkatkan lagi statistik kadar jenayah yang melibatkan kanak-kanak yang tidak berdosa.
Mungkin, ada di antara kisah2 tragis kanak2 ini kita sudah lupa. Ya,kita manusia memang mudah lupa. Bersama2 kita mengenang kembali kisah menyayat hati ini supaya kita sentiasa berhati2 dan berwaspada terhadap keselamatan anak2 kita yang dikasihi.
Tarikh
Nama Mangsa
23 Oktober 2000 Nor Shuhada Borak ( 6 tahun)
Ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.
6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi (2 tahun)
Mangsa diculik, dirogol dan kemudian dibunuh. Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan bogel di tebing sungai Kedah kira-kira 500 meter dari rumahnya di kampong Seberang Terus.Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa selain lebih dari 40 kesan luka
8 Januari 2004 Hasirawati Saridi (10 tahun)
Ditemui mati dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau Menggatal, Kota Kinabalu Sabah.
17 Januari 2004 Nurul Huda Abdul Ghani Musa (10 tahun)
Mati dicekik setelah dirogol dan diliwat oleh tiga lelaki di Gelang Patah. Anak bongsu daripada sembilan beradik itu dirogol di dalam pondok pengawal keselamatan yang terletak 100 meter dari rumahnya oleh pengawal keselamatan stesen janakuasa bersama dua lagi lelaki. Mayat kanak-kanak malang itu ditemui tanpa seurat benang di tubuhnya dan tersandar pada dinding tandas pondok pengawal Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam keadaan mencangkung. Mulutnya disumbat dengan sehelai kain dan tangan kanak-kanak itu memegang lehernya sendiri.
22 Disember 2004 Siti Syazwani Ahmad Dusukhi (9 tahun)
Ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia. Mayatnya ditemui mati tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung.
28 Januari 2006 Nurshafiqah Borhan (14 tahun)
Dijumpai mati dua hari selepas dirogol dan dibunuh. Mayatnya dilihat berada di dalam longkang dengan pakaian sekolah yang lengkap.
20 Ogos 2007 Nurin Jazlin Jazimin (8 tahun)
Nurin dikatakan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju. Nurin yang ditemui mati dalam keadaan menyayat hati, selepas pihak polis menemui beg pakaian sukan, berisi mayat kanak-kanak dalam keadaan kakinya terlipat di dada di bawah tangga sebuah bangunan. Pihak polis juga melakukan ujian DNA ke atas mayat tersebut dan ujian DNA mengesahkan 99.99 peratus sah sebagai mayat Nurin Jazlin. Sehingga kini penjenayah kejam yang telah membunuh mangsa belum lagi dikenalpasti.
1 September 2008 Sharlinie Mohd Nashar (5 tahun)
Sharlinie dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di taman permainan yang jaraknya tidak jauh dari rumah mereka di Taman Medan, pada jam 11.30 pagi. Sehingga kini pihak polis dan masyarakat sedang berusaha untuk mencari adik Sharlinie Mohd Nashar yang turut dikaitkan dengan pembunuhan kejam Nurin Jazlin.
12 Oktober 2009 Aaliya Aiman (3 tahun)
Ditemui mati akibat dirogol, diliwat dan digoncang dengan kuat oleh warga Afrika yang dipercayai teman lelaki ibu mangsa. Apa yang menyedihkan lagi, ibu mangsa turut terlibat dalam melakukan penderaan ke atas mangsa.
22 Disember 2009 Jane Doe (12 tahun)
Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati terapung dalam keadaan separuh bogel dan lehernya dijerut dengan sehelai kain di kolam tadahan banjir, Kampung Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Hasil bedah siasat, mangsa dipercayai dirogol dan diliwat beberapa kali akibat kesan koyak pada alat sulit mangsa yang disumbat objek tumpul. Dalam kes ini, teman lelaki ibu mangsa ditahan dan disoal siasat sebagai suspek utama berikutan aduan yang dibuat oleh ibu mangsa sehari selepas kejadian.
25 Februari 2010 Syafiah Humairah Sahari (3 tahun)
Syafiah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali.Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.
Sumber : Harian Metro dan Utusan Malaysiamy signature5

A Video Conferencing Experience

bismillah2

What an experience! Awesome!

Baru2 ini aku berpeluang attend satu course (APO e-Learning on Knowledge Management: Concepts and Practices) di INTAN Bukit Kiara. Course ni dianjurkan oleh Asian Productivity Organization (APO) yang beribupejabat di Tokyo,Japan dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC).

(Special note:TQ Dr. Ida from MPC for the invitation!)

APONak share sket, APO ni adalah satu organisasi yang telah ditubuhkan pada tahun 1961. Mission APO ni ialah menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi di Asia Pasifik melalui peningkatan produktiviti. (Wah!Wah! Bunyi macam pakar ekonomi je hehehe..) Selain daripada Malaysia, negara2 lain anggota APO ni ialah Bangladesh, Cambodia, China, Fiji, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Japan, Korea, Laos, Mongolia, Nepal, Pakistan, Philippines, Singapore, Sri Lanka, Thailand, and Vietnam.

Fuh! Cayalah! International course gitu. Tapi untuk course 4 hari tu, hanya 5 negara je yang terlibat iaitu Malaysia,Indonesia,Fiji,Thailand dan Filipina. Sekretariat APO di Tokyo ada involve juga. Yang buat course ini menarik-tertarik-deboom, ia dijalankan serentak di 5 negara ni secara video conferencing.

timetable Course timetable for Day-1 with time difference for all participating  countries

22-02-10_1301 Bilik darjah yang canggih hehehe..

Speakers were Knowledge Management (KM) experts from Japan, Singapore and Philippines. Very knowledgable. Seronok betul sepanjang 4 hari course tu,tak rasa boring langsung. Mata pun tak de mengada2 nak layu. I enjoyed every minute.

22-02-10_1133Speaker from Japan-Mr. Naoki Ogiwara San

22-02-10_1259 Speaker from Singapore-Mr. Praba

24-02-10_1003Speaker from Philippines-Miss LanLan

25-02-10_1501 APO Representative from Japan –Mr. Prakash (he’s an Indian Fijian)

Actually ni la 1st time experience aku attend course secara video conferencing. Very interesting and I’ve learned a lot of things. Attend course cam ni, susah lah sikit kalau ada sapa2 nak ‘mengulor’ tu…sebab ramai orang boleh dok perati aktiviti kita kat skrin dan LCD monitor besar. Ha! 5 negara nampak u! Don’t play2 arrrr……

25-02-10_1355 Participants from Thailand25-02-10_1409Participants from Indonesia

22-02-10_1434 Participants from Fiji (sori tak clear coz time ni Fiji dah malam he…he.. alasan)

DSCN0483Participants from Malaysia (Malaysia Boleh yeah!)

Ralat: Gambar participants from Philippines tak terambil lak. Tak pe la ya.Gambar Miss LanLan jadi wakil boleh kan?

Macam2 la aktiviti yang we all buat masa course tu antaranya…22-02-10_1204Dengar lectures

DSCN0480 Aktiviti workshop

DSCN0503Kena buat presentation

DSCN0533 Sesi Q & A

DSCN0491 Makan2 (acara wajib setiap course kat Malaysia!)

DSCN0551Acara penyampaian hadiah..eh..sijil penyertaan

At the end of the course, ada exam. Yes,EXAM u! Mula2, tensen gak la nak prepare exam2 ni kan. Tapi last2 dapat tau soalan objektif, 2 soalan je yang open-ended..Fuh! Lega! Tembak je la hehehe…. Cuma satu je yang tak best.No..No…No… Bukan tak best exam, exam best gak (hehehe I wish I can say like that masa zaman2 sekolah dulu!). Kalau sapa yang lulus with flying colour exam ni ada chance pergi to the next level course KM ni. Pergi jumpa all the KM experts face-to-face. And the course will be conducted in one of the APO countries. OK pe, dapat pegi oversea..tapi kan..tapi kan…kalau dapat gi Tokyo ke, Iran ke, Vietnam ke best la juga.Ni dapat gi  errr…Bangla! Ya…pegi Bangladesh huhuhu…..Ah! tak kisah lah …bangla pun…bangla la…janji semua sponsored…hehehe…

Banglaaaa!!!!! Here I come!!!!my signature5

 

p/s Bila result exam nak keluar? Dah tak sabar dah ni huhuhu….