RSS
Malaysia Web Hosting

26 April 2010

Sang Mantan

 bismillah2
Masuk kali ni entah kali ke berapa M-Razr tercampak. Terrrr….campak ya! Bukan sengaja dicampak. Habis terbarai. Berkecai jiwa raga M-Razr. Tapi, M-Razr memang berjiwa kental dan waja. Biasanya, lepas disatukan kembali, digosok2 dan dibelai2 lebih kurang, OK lah dia.(eeeerrr….tiada unsur2 18SX di sini ya!Harap maklum!) Tapi kali ni dia betul2 buat hal. Langsung tak mau jaga. Terus tak sedarkan diri. Merajuk agaknya sebab aku tak jaga dia elok2. Sorry ya M-Razr…aku tak sengaja.
 
Walaupun sebenarnya aku dah lama berniat nak pasang BB (tak de lama sangat, dalam seminggu dua ni je hehehe…), tapi bukanlah purposely aku mencampakkan M-Razr. Aku tak sekejam itu! No!No!No! Aku masih lagi spesis yang mengenang jasa. Dah bertahun M-Razr setia bersamaku, tanpa mengira siang dan malam. Tapi biasalah aku manusia biasa. Keinginan untuk mendapatkan yang terbaru dan terbaik sentiasa membuak-buak!
 
Lagipun, aku tak mahu mengharungi kehidupan sehari2 tanpa teman setia. So, aku terpaksa mengambil keputusan yang drastik! Maaf sekali lagi M-Razr! Aku terpaksa! Ya aku terpaksa! (Terpaksa rela hahaha…). Aku tak mahu hari-hariku sepi tanpa suara. Aku tak mahu diriku menyendiri tanpa hubungan.
 
So, malam hari M-Razr merajuk tu, aku mengambil keputusan untuk mendapatkan BB. Memang banyak BB yang boleh jadi pilihan. Rambang mata dibuatnya. Pilih saja yang mana berkenaan dihati. Pasti mau ikut aku pulang hehehe… Tapi aku pilih BB yang sederhana. Tak perlulah memilih BB yang high class. Cukuplah BB yang dapat membantuku menjalankan tugasan sehari-hari. Memastikan aku tidak terputus hubungan dengan kenalan atau pelanggan yang jauh dan dekat.
 
Buat M-Razr, terimakasih atas jasa2mu selama ini. Berkhidmat dengan penuh dedikasi walau kadangkala tanpa sengaja kau ku kasari.
DSCN0736Sang mantan yang banyak berjasa ~M-Razr~ 
 
Buat BB, welcome to my world! Semoga kehadiranmu menjadikan kehidupanku more organize and happening!DSCN0730
Sang pengganti yang bakal berkhidmat~BB~
 
Tapi sampai bila aku akan bersama dengan BB…entahlah…aku sendiri tak pasti…
my signature5

12 April 2010

Asian Food Channel-Bubur Gandum

bismillah2 Wah!Dah lama sungguh aku tak update blog ni. Dah start lah tu. Penyakit malas melanda. His!Tak boleh dibiarkan ni. Nanti azam tahun ni, nak aktif berblogging tinggal kenangan terindah je. Tak boleh jadi.Tak boleh jadi. Wake up Dear ME!

Hari ini terlebih rajin. Tiba2 teringat lak nak try buat bubur gandum. Walaupun aku ni bukan kaki masak, tapi ada gak la skill memasak tu. Yang sebenarnya aku lebih minat baking cakes atau pastri. Tapi itu pun ikut mood dan tahap kerajinan aku la. Kalau mood rajin dah datang tu, aku boleh buat cake 3 hari berturut2 tanpa apa2 sebab spesifik. Saje je nak cuba2 resepi. Sumber resepi dari internet la macam kat http://www.myresepi.com. Aku tak berapa percaya sangat resepi2 kat majalah2 ni. Kadang2 bagi resepi tak betul. Aku biasa try resepi yang ada testimonial dari orang lain yang dah mencuba. Mana yang jadi, baru aku ikut. So far alhamdulillah, semua cake yang aku buat menjadi. Siap ada minta resepi lagi hahaha…(terbangga diri la pulak!).Tapi, kalau dah malas tahap gaban tu melanda, nak tengok oven pun tak lalu. Apa2 pun, aku kena rajin2kan diri. Kalau tidak,sia2 je beli oven mahal2 tapi tak guna.

Berbalik pada bubur gandum tadi, aku dengan tak malunya mengaku inilah first time aku buat bubur gandum hihihi… Selalunya import dari mak. Bubur gandum mak memang superb! Biasalah mak, masak apa pun hatta goreng ikan kering saja pun dah sedap. Itulah penangan air tangan seorang mak!

So, terlanjur aku pergi shopping barang2 dapur petang tadi, aku belilah bahan2 nak masak bubur gandum ni. Aku main agak2 je beli. Aku rasa resepi bubur ni simple je. Very straight forward. Secara basicnya mesti ada biji gandum (wheat corn), santan, gula dan daun pandan. Tapi aku sesaje tambah biji sagu, jagung dalam tin dan gula melaka.

DSCN0603 Bahan2 nak buat bubur gandum. Mudah dan senang nak cari
 
Sampai rumah, lepas dicuci dan tos, aku rebus biji gandum tu sampai kembang. Oleh sebab aku tak rendam dulu biji gandum tu, so ambil masa sikit la nak kembang.

DSCN0595 Proses mengembangkan biji gandum
 
Tengah syok2 biji gandum tu nak mengembangkan diri, tiba2 gas dapur lak habis. Cheh! Ada je halangan untuk percubaan pertama aku ni huhuhu!!! Dugaaaaannnnn…..!!! :-(
 
Oleh kerana tak ada tong gas extra (walaupun dah lama berniat tapi tertangguh2,nilah akibatnya!), terpaksa la call kedai runcit yang tak berapa jauh dari rumah aku tu suruh hantar tong gas baru. Nasib baik malam masih muda lagi. Kalau dah lewat malam, kedai pun dah tutup. Alamatnya tak berjayalah mission aku nak masak bubur gandum.

DSCN0599 Tong gas yang dah kosong tunggu masa untuk ditukarkan dengan yang lebih kecik
 
Lepas mamak kedai tu hantar tong gas (dia hantar tong kecik sebab yang besar dah habis stok, tapi tong gas aku besar punya. Takpe2..esok2 aku claim balik.), proses merebus biji gandum diteruskan semula.Yeayyyy!!!!

Lepas biji gandum dah kembang setaman, so segala macam mak nenek bahan2 yang aku beli tadi aku masukkan. Kacau2 selalu supaya  tak meruap dan melekat.

Lastly, hasil dari jerih-perih merebus dan mengacau (macamlah susah sangat,auta je lebih hahaha!), aku sekali lagi dengan bangga diri menayangkan bubur gandum aku ni….tadaaaa!! Rasanya? OK lah tu..hehehe..

DSCN0605 Bubur gandum ku yang dibanggakan….

So, sesiapa yang berminat nak buat bubur gandum ni, boleh lah cuba resepi kat bawah ni. Sharing is caring..selamat beramalllll!!!

BUBUR GANDUM
Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 cawan biji gandum
  • 2 cawan santan
  • Gula sesedap rasa
  • Gula melaka (optional kalau suka letak sikit je )
  • Sedikit garam
  • Sehelai daun pandan ( disimpul )
  • Jagung dalam tin (optional kalau suka supaya ada color sket bubur tu. Tapi jangan beli jagung yang ada cream tau. Biji jagung je.)
  • Biji sagu (optional untuk memekatkan bubur)
Cara-cara
  1. Rebus biji gandum hingga kembang setaman.(Kalau nak jimat masa , rendam dulu beberapa jam)
  2. Masukkan santan dan daun pandan.
  3. Masukkan gula, gula melaka, jagung, biji sagu dan sedikit garam.
  4. Tunggu hingga mendidih dan biji sagu kembang sambil dikacau2.
  5. Boleh tambah santan jika inginkan kuah yang banyak.
my signature5