RSS
Malaysia Web Hosting

26 April 2010

Sang Mantan

 bismillah2
Masuk kali ni entah kali ke berapa M-Razr tercampak. Terrrr….campak ya! Bukan sengaja dicampak. Habis terbarai. Berkecai jiwa raga M-Razr. Tapi, M-Razr memang berjiwa kental dan waja. Biasanya, lepas disatukan kembali, digosok2 dan dibelai2 lebih kurang, OK lah dia.(eeeerrr….tiada unsur2 18SX di sini ya!Harap maklum!) Tapi kali ni dia betul2 buat hal. Langsung tak mau jaga. Terus tak sedarkan diri. Merajuk agaknya sebab aku tak jaga dia elok2. Sorry ya M-Razr…aku tak sengaja.
 
Walaupun sebenarnya aku dah lama berniat nak pasang BB (tak de lama sangat, dalam seminggu dua ni je hehehe…), tapi bukanlah purposely aku mencampakkan M-Razr. Aku tak sekejam itu! No!No!No! Aku masih lagi spesis yang mengenang jasa. Dah bertahun M-Razr setia bersamaku, tanpa mengira siang dan malam. Tapi biasalah aku manusia biasa. Keinginan untuk mendapatkan yang terbaru dan terbaik sentiasa membuak-buak!
 
Lagipun, aku tak mahu mengharungi kehidupan sehari2 tanpa teman setia. So, aku terpaksa mengambil keputusan yang drastik! Maaf sekali lagi M-Razr! Aku terpaksa! Ya aku terpaksa! (Terpaksa rela hahaha…). Aku tak mahu hari-hariku sepi tanpa suara. Aku tak mahu diriku menyendiri tanpa hubungan.
 
So, malam hari M-Razr merajuk tu, aku mengambil keputusan untuk mendapatkan BB. Memang banyak BB yang boleh jadi pilihan. Rambang mata dibuatnya. Pilih saja yang mana berkenaan dihati. Pasti mau ikut aku pulang hehehe… Tapi aku pilih BB yang sederhana. Tak perlulah memilih BB yang high class. Cukuplah BB yang dapat membantuku menjalankan tugasan sehari-hari. Memastikan aku tidak terputus hubungan dengan kenalan atau pelanggan yang jauh dan dekat.
 
Buat M-Razr, terimakasih atas jasa2mu selama ini. Berkhidmat dengan penuh dedikasi walau kadangkala tanpa sengaja kau ku kasari.
DSCN0736Sang mantan yang banyak berjasa ~M-Razr~ 
 
Buat BB, welcome to my world! Semoga kehadiranmu menjadikan kehidupanku more organize and happening!DSCN0730
Sang pengganti yang bakal berkhidmat~BB~
 
Tapi sampai bila aku akan bersama dengan BB…entahlah…aku sendiri tak pasti…
my signature5

2 comments:

kk said...

Thnks for visit me.:)

Ina Nur said...

You are most welcome.
TQ for your visit to my site also

Post a Comment