RSS
Malaysia Web Hosting

06 June 2010

Reunion Lagi .....

bismillah2Entry ni mungkin dah basi. Memang dah basi pun. Maklumlah, event ni  dah lama lepas, baru nak update kat dalam blog. Tak kisah lah kan…sapa yang sudi nak baca cerita basi ni terimakasih la diucapkan hehehe..

Selepas episod Jejak Kasih dalam entry yang lepas, satu lagi sessi get-together telah diadakan pada 8 May 2010. Kali ini istimewa sikit. Kami telah menjemput Dato’ Aripin Said sebagai Guest of Honor. Dato’ Aripin atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Aripin ni pernah mengajar aku masa darjah 6 dulu kat SRK Jalan Bahagia Temerloh. Selain mengajar, Cikgu Aripin aktif mengajar budak2 seni kebudayaan macam tarian dan lagu-lagu rakyat.

Cikgu Aripin ni seorang sasterawan dan budayawan. Seorang pejuang lagu2 rakyat yang komited dari dulu sampai sekarang. Memang kami amat berbangga pernah mendapat seorang guru serba-boleh seperti Cikgu Aripin.

Mengenangkan sambutan menggalakkan pada 1st reunion kat The Curve pada 5 Februari lepas, so we all pun expect lebih ramai lagi akan join pada event kali ini. Orang kuat, Rosniza, yang bertungkus-lumus organize event ni pun siap dah war2kan lagi kat FB pasal reunion ni.

Since we all nak buat special sket, so adalah aktiviti yang we all plan nak buat masa gathering tu. Nasib baik seorang sahabat sudi  sponsor doorgift. Terimakasih JJ. Semoga rezeki lagi murah dan boleh sponsor lagi next time ya hahaha…

Untuk memeriahkan acara we all plan buat 'Lucky Draw’. So sekali lagi ada sahabat2 yang sudi sponsor hadiah. Big TQ to Dr. D sebab sponsor main prize untuk lucky draw tu. Sponsor yang lain seperti Renee dan organising committee (Niza,Ewie,Pyan,Emy and myself).
Dari feedback yang diterima dari FB dan rakan2,adalah dalam 25 orang yang confirm nak hadir. Wah!Ini dah bagus. The more, the merrier. Yeay!Yeay!

Hari yang ditunggu2 dah tiba. Tapi tau la kan, Ampang, hari Sabtu. Jem bagai nak rak. Dah tu hujan lak. Bertambah2 la jemnya. Sementelah lagi Restoren Bora Ombak yang jadi venue event hari tu, tak sure lak lokasinya kat mana. Berpusing2, melilau gak la mencari.

Yang restoren ni pun satu, tak nampak satu sign board pun tunjukkan arah lokasi restoren ni. Tau la restoren ni famous gak.Iya lah kalau tidak takkan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine buat majlis kahwin diorang kat situ kan. Tapi tak semua orang tau kat ceruk mana letaknya restoren tu. Ada seorang member aku tu dekat 2 jam berpusing2 kat Ampang tu cari Bora Ombak ni. Kesian dia sampai nak merajuk tak nak datang reunion tu. Nasib baik jumpa akhirnya (Fuh! Lega! Kalau tidak terlepas la peluang kitaorang nak dapat  main prize Lucky Draw hehehe….). Jangan la merajuk Dr.D, buruk rupanya hahaha…

Untuk sesapa yang tak tau kat mana Restoren Bora Ombak tu,ha!refer la map kat bawah ni ya.

Satu bab dah settle. Timbul lak satu hal lagi. Ada member2 yang dah RSVP, dah confirmed nak datang reunion ni tak nampak2 batang idung. Bila organizer SMS, barulah bagitau tak dapat nak hadir sebab hal-hal yang apa-apa je la… Ada juga yang tak dapat dihubungi langsung. Sampai la ni, senyap je. Buat dunno je. Well, at least, you minta maaflah beritahulah reason sebab tak dapat datang. Kita tak de la marah apa. Cuma sedikit kecewa sebab selain kita dah buat reservation untuk makanan, kita ada menjemput tetamu istimewa. Entahlah… tak kan hal2 simple adab sopan kesusilaan ni nak kena ajar lak kan. Masing2 pun bukan calang2 orang, semua terpelajar.

Apa2 pun dugaan yang melanda, Alhamdulillah… event berjalan dengan lancar dan meriah juga walaupun beberapa kerat je yang hadir. Tapi walaupun beberapa kerat, kecohnya riuh  sekampung hahaha….

Cikgu Aripin telah sudi membuat satu persembahan istimewa pada hari tu. Suara cikgu tetap maintain macam 30 tahun dahulu. Pitching langsung tak lari ke laut. Saksikan la persembahan mantap Cikgu Aripin kat video clip di bawah ni ya.

Budayawan Melayu-Prof Dato' Aripin Said

Di sebabkan hadiah lucky draw lebih banyak dari orang yang datang, maka seorang dapat dua kali hadiah hehehe… Best gak kan! Khas untuk sapa2 yang tak datang tu, harap enjoy video clip reunion kat bawah ni ya.



Walaupun banyak dugaan yang dihadapi, tapi  organising committee masih tidak patah semangat untuk buat lagi satu event. Tapi kali ni mungkin small scale je. Dah tak de lucky2 draw lagi. Sesi makan2 je la…

InsyaAllah, kalau jadi seperti yang dirancangkan…tunggulah dalam entry yang akan datang ya….


0 comments:

Post a Comment