RSS
Malaysia Web Hosting

20 June 2010

The Cinderella Stories....

Apa story yang hot in the town pada minggu ni selain dari cerita pasal World Cup? Apalagi kalau bukan story perceraian Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan 2nd wife dia, Azrinaz Mazhar Hakim. Story ni memang agak mengejutkan walaupun Sultan Brunei tu bukanlah antara Sultan2 kat Malaysia ni. Tetapi since Azrinaz ni orang Malaysia, pernah jadi personaliti TV3, tu yang story ni jadi antara topik hangat minggu ni.

Kadang2 nak tergelak pun ada bila baca kat forum2 internet, orang speku pasal punca perceraian couple ni. Macam2 versi keluar. Yang tak masuk akal pun ada. Ada yang kata Azrinaz ni curi mahkota la, langgar peraturan istana la, pegi parti tanpa kebenaran Sultan la dan yang paling tak boleh bla ada pulak  kata sebab si Azrinaz ni makan maggie mi yang melanggar protokol istana hahaha!!!! Apa2pun punca yang sebenar2nya dah tak de jodoh. Dah tertulis sampai setakat tu je jodoh mereka berdua.

Sultan Brunei dan Azrinaz Mazhar Hakim

Macam Cinderella, story pompuan rakyat marhaen kahwin dengan kerabat diraja yang kaya-raya dan hensem,selalunya digambarkan hidup berbahagia hingga ke akhir hayat. "And they live happily everafter.....". Macam tu lah selalu endingnya. Tapi betul ke bahagia?
Kisah celebriti terutamanya golongan artis yang kahwin dengan kerabat diraja sering menjadi topik hangat yang boleh melariskan jualan majalah dan tabloid hiburan. Kalau bab kerabat diraja kahwin artis ni, yang mendahului carta adalah kerabat diraja Pahang. Dari bapak Sultan, Sultan, anak sultan, semua kahwin artis.Selain daripada Azrinaz, Mazuin Hamzah, artis popular 80'an pernah menggemparkan satu negara kerana berkahwin dengan adik Sultan Brunei, iaitu Pengiran Sufri Bolkiah dengan hantaran 1 juta. Tapi tak seperti Azrinaz yang kahwin senyap2, wedding Mazuin memang grand habis. Tapi, bercerai juga akhirnya.

So, pada sapa2 yang nak tahu Cinderella story yang lain, bacalah kat bawah ni ya. 
(Sumber dari Utusan Malaysia Online)

Norizan dan Sultan Perak:
Kisah cinta paling klasik di kalangan artis tempatan dan golongan bangsawan barangkali ada kaitannya dengan bintang filem Melayu, Allahyarham Norizan dengan Almarhum Sultan Perak, Sultan Yusof pada tahun 50-an.

Norizan disunting oleh Sultan Yusof bagi menyerikan istana baginda setelah terpesona dengan baik budi dan kejelitaan wanita berwajah Melayu klasik ini.

Bagaimanapun, tidak pula dicatatkan berapa tahun Norizan bertahan sebagai permaisuri Perak sebelum pasangan diraja itu bercerai.

Sebentuk cincin biru yang kini disimpan di Arkib Negara Malaysia adalah antara kenangan cinta Sultan Yusof kepada Norizan ketika kasih mereka bertaut.

Selepas berpisah dengan Sultan Perak, Norizan disunting menjadi isteri kepada seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Rumah tangga yang dibina itu juga tidak bertahan lama.

Ketika bersama Norizan, P. Ramlee mencipta lagu Tidurlah Wahai Permaisuri. Norizan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Mei 1992.
P.Ramlee dan Norizan

Maria Menado dan Sultan Abu Bakar:
Pada 1963, primadona filem Melayu, Maria Menado dilamar oleh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Seniwati yang berasal dari daerah bernama Menado di Indonesia itu memilih untuk bersara dari dunia seni dan menetap di bandar diraja, Pekan, Pahang selepas mendirikan rumah tangga dengan Sultan Abu Bakar.

``Saya tidak pernah menyesal dengan apa juga yang terjadi kerana semua ini ketentuan Allah. Malah saya rasa cukup bahagia ditemukan jodoh dengan almarhum, seorang suami yang penyayang dan pandai menjaga hati saya,'' ujar Maria dalam satu temu bual pada September 1996.

Perkahwinan kedua Maria dengan Almarhum Sultan Abu Bakar dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Tengku Norashikin, Tengku Idris dan Tengku Baharuddin.

Cinta Sultan Abu Bakar kepada Maria dibawa sehingga ke penghujung hayat baginda. Semenjak kemangkatan Sultan Abu Bakar, Maria hidup bersendirian bertemankan anak-anak sebelum bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Dr. Mohd. Husain Yusof pada 1978.
Maria Menado

Rafeah Buang dan Tengku Asmawi:
Kisah kerabat diraja berkahwin dengan artis tidak berakhir dengan kemangkatan Sultan Abu Bakar. Catatan bahagia artis dan kerabat diteruskan dengan perkahwinan artis jelita angkatan 60-an, Rafeah Buang dengan kerabat diraja Pahang, Datuk Tengku Asmawi Tengku Hussain.

Selepas melalui musim-musim cinta, Rafeah dan suaminya memilih untuk menoktahkan kisah cinta mereka ke gerbang perkahwinan pada 1971. Cinta pasangan ini juga hanya berakhir dengan kematian. Rafeah menghembuskan nafas terakhirnya pada 24 Julai 2002 kerana serangan kanser buah dada.

Selain lemak merdu suaranya mengalunkan lagu Udang Sama Udang dan Kenangan Di Rantau Abang, Rafeah juga dikenang sebagai isteri yang sangat setia dan tidak pernah bersikap meninggi diri biarpun hidup diselimuti kemewahan dan kebahagiaan.

Zuriat yang ditinggalkan oleh Allahyarham hasil perkahwinan ini ialah Tengku Ahmad Ashraff, Tengku Khairil Ashraf dan Tengku Amirul Ashraf serta seorang anak angkat, Nurul Iman Saleha.Tengku Amirul Ashraf bagaimanapun meninggal dunia pada 1993 ketika berusia 11 tahun akibat kemalangan jalan raya.
Rafeah Buang

Mazuin dan Pengiran Sufri:
Sinar gemilang dan kilau-kemilau majlis perkahwinan artis popular 80-an, Mazuin Hamzah dengan adinda Sultan Brunei, Pengiran Muda Sufri Bolkiah sehingga ke hari ini terus bermain di mata dan fikiran sesetengah peminat.

Bekas anggota kumpulan Quinnary M yang popular dengan lagu Cinta Palsu itu menggemparkan seluruh negara apabila dia dilamar putera diraja paling kaya di dunia itu.

Selain kisah cinta Mazuin dan Sufri mendapat liputan meluas di media,majlis pernikahan pasangan berkenaan yang diadakan di Istana Brunei juga diperkatakan sehingga bertahun-tahun lamanya.Pihak media yang berpeluang membuat liputan perkahwinan pasangan ini sudah tentu menganggap ia sebagai sebahagian daripada sejarah penting dalam kerjaya mereka.

Bagaimanapun, selepas berkahwin sukar untuk menjejaki pasangan ini. Tidak pernah ada sebarang berita dari istana mereka tersiar di mana-mana media, sehinggalah Suruhanjaya Tinggi Brunei di Kuala Lumpur baru-baru ini mengesahkan mereka sudah bercerai.

Sufri dan Mazuin disahkan bercerai pada Disember tahun lalu dan Mazuin kini hanya dikenali sebagai Hajah Mazuin Hamzah.

Mazuin Hamzah

Azreen dan Tengku Kamaruzzaman:
Sejarah mencatat bahawa artis Malaysia paling muda yang berkahwin dengan kerabat diraja ialah Azreen. Azreen berkahwin dengan Datuk Tengku Kamaruzzaman ketika usianya mencecah 16 tahun. (Ni pun dah cerai gak.)

Tengku Kamaruzzaman sebelum ini merupakan bekas suami kepada pelakon dan penyanyi bersuara lunak manja, Noreen Noor.
Azreen

Paula dan Tunku Azudin:
SEBAGAI celebrity, Sharifah Paula Malai Ali atau lebih dikenali sebagai Paula Malai Ali tidak dapat menghindarkan dirinya daripada menjadi perhatian ramai.

Justeru, pernikahannya dengan kerabat diraja Kedah, Tunku Azudin Shah Tunku Anuar pada 23 September 2002 diumumkannya secara rasmi pada satu sidang media yang diadakan di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur beberapa hari sebelum upacara pernikahan dijalankan.Paula terpikat pada kesederhanaan Azudin yang pada pandangannya sangat merendah diri dan tidak pernah memandang tinggi pada statusnya sebagai kerabat diraja negeri Kedah. (yang ni pun cerai gak akhirnya...)

Paula Malai Ali

Realitinya....tak semua yang berkahwin dengan kerabat diraja tu akan berakhir macam cerita dongeng Cinderella tu. Kekayaan,kemewahan dan wang ringgit tidak menjanjikan kebahagian berkekalan.Wallahualam....



0 comments:

Post a Comment