RSS
Malaysia Web Hosting

16 February 2010

Jejak Kasih

bismillah2 Macam tak percaya! Tapi kena percaya… Macam mimpi! Tapi kat alam nyata…..Macam tak logik! Tapi ni lah kenyataannya….Apa2 pun, pada tarikh ini satu sejarah telah dicipta.
6 Februari 2010 =======> tarikh keramat yang takkan dilupa sampai bila2.
Facebook ========> di sinilah segalanya bermula.
Pejam,celik,pejam,celik…dah 29 tahun rupanya aku tinggalkan zaman sekolah rendah. 29 tahun! Kalau ada baby lahir pada time tu. for sure dah jadi orang bak kata orang dah besar panjang. 29 tahun! Kalau pada angka itu, ada yang masih membujang (esp anak dara), hhmmm!! alamatnya kena tahan telinga lah dengar sindiran cik joyah kaki2 gossip. 29 tahun! Kalau yang dah kahwin, mungkin anak dah berceretek kat belakang. 29 tahun! Kalau dah bekerja, mungkin (aku kata mungkin ya…) dah dapat 2,3 kali increment salary.
Tapi kalau 29 tahun berpisah dan berjumpa balik? Lebih2 lagi kawan2 lama yang dah lost contact 29 tahun? Apa perasan korang? Kalau tak de perasan, memang sahlah orang tu hati batu. Tapi bagi aku sendiri, macam2 perasaan ada bercampur2. Macam ABC.
Ini semua gara2 Facebook. Kalau tidak,sampai mati pun belum tentu aku jumpa balik kawan2 aku masa sekolah rendah ni. Kat sini aku ucapkan terimakasih bebanyak pada kawan aku Renee Mohd Noor. Kalau tak kerana terjumpa facebook dia, mungkin semua ni takkan jadi kenyataan. Lalu berjumpalah aku semula dengan kawan2 lama aku selepas 29 tahun berpisah. Dia lah yang invite aku join alumni SRK Jalan Bahagia,Temerloh,Pahang.
Yes! Itulah sekolah rendah aku dulu. Sekolah terfamous pada zaman aku belajar dulu. (Sekarang harap2 maintain lagi la yek) Chewah! Bangga diri. Betul..kalau tak caya pegi lah tanya orang2 kat Temerloh nun. Time tu sapa yang tak kenal Mrs Chong. Gurubesar sekolah terfamous kat Temerloh time tu. (Rumours mengatakan Mrs.Chong memakai rambut pelesu tetapi sampai ke hari ini tak ada siapa yang dapat menentukan kesahihannya!)
Walaupun aku belajar kat sana selama 2 tahun je, tapi ramai gak member2 yang aku kenal sementelah lagi rumah aku dekat je dengan sekolah. Just across the road. Aku suka pegi sekolah sebab boleh jumpa kawan2. (Aku tak faham apasal bebudak suka ponteng sekolah). Hari2 aku pegi sekolah tak kira pagi, petang hatta hari Sabtu sekalipun (tolong Kak Rathiah, akak yang jaga library). Sampai emak aku cakap aku buat rumah macam hotel je..hehehe… Punyalah taksubnya aku pada sekolah.
Hasil dari usaha2 menyatupadukan rodhong2 (kawan dalam loghat Pahang) melalui Facebook, maka pada tarikh keramat 6 Februari 2010 bersamaan hari Sabtu lokasi di Restoren Thai Express, The Curve,Mutiara Damansara, maka berlangsunglah telemovie Jejak Kasih yang melibatkan adegan2 tangis2-an, peluk2-an (sesama jantina je tau!), salam2-an, kutuk2-an, gelak-ketawa, gurau-senda. Pendekata memang happening giler la time tu.
Atas permintaan salah seorang kawan lama Emy, aku pun bawalah sekali sekeping dua gambar2 lama masa sekolah dan buku autograph yang masih dalam simpanan. Memasing bila tengok gambar2 lama tu, gelak balik kat diri sendiri. Apasal yek? Agaknya itulah psychology reaction bila tengok betapa kiutnya kita pada zaman tu compare dengan rrrr.. yang terkini hahaha!!. Mungkin juga tak percaya bahawa kita pernah secomel dalam gambar tu huhuhu… Bukan sekarang tak kiut dan comel, apa2pun tetap maintain (cheh!masih berani mengaku tu), tapi sekarang tumbesaran dari aspek yang lain….(tengok gambar,lu pikir la sendiri yek!).
Alhamdulillah! Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana memanjangkan usia dan mengizinkan reunion ini berlaku. InsyaAllah….pada 17 April 2010, satu lagi acara get-together telah dirancangkan. Harap2 lebih ramai lagi rodhong2 yang dapat join kali ni ye.
To my blog readers, enjoy our reunion video clip.
2010 inanur69.blogspot.com
[my signature5[3].png]

0 comments:

Post a Comment