RSS
Malaysia Web Hosting

21 February 2010

Dunia Batinku

bismillah2

Siapa tengok telemovie Dunia Batinku dalam slot Cekerama TV3 malam minggu lalu (Sabtu,20 Februari 2010), angkat tangan? Ha!Tak tengok! Memang rugi. Kalau tengok, siapa yang tak nangis, angkat tangan? Ada juga. Hmm…memang hati batu.

Pada sapa yang tak tengok tu, kalau nak tau sipnosis telemovie ni boleh lah google kat internet ya. Aku malas la nak tulis balik. Dah ramai yang bagi ulasan. Kebanyakannya positif. Tahniah!

Memang best telemovie ni. Jarang kita dapat tengok telemovie berkualiti dengan jalan cerita yang bagus, tak meleret2 dan lakonan yang hebat. Skrip nukilan Rozie Rashid ni memang mantap. Congrats kepada producer Sheila Rusly dan pengarah cum hubby Jinggo. Produksi JS Pictures selalu menghasilkan telemovie yang bagus2 contohnya telemovie Taubat Nasuha sebelum ni. Telemovie ni pun tangkap syahdu jugak.

6955B31CB2314684B4FE7BEB834746ED Pelakon2 hebat telemovie Dunia Batinku

Pada aku kalau cerita tu boleh buat aku tangkap leleh, memang superb. Lakonan anak didik arwah Yasmin Ahmad, Shafie Naswip memang excellent. Touching bila ada scene dia kena belasah ngan mak dia (lakonan Sheila Rusly). Berdiri tegak je. Tak sedetik pun nak melawan. Hiss!!Boleh ke jumpa budak cam tu zaman sekarang. Ni, mak baru leter sepatah, dah menjawab 20 patah. Memang Shafie berbakat besar. Aku memang suka dengan lakonan dia since filem Mukhsin lagi. Harap2 dia berusaha terus untuk berjaya menjadi aktor yang terbaik dan tak hanyut dalam pancaroba dunia artis ni.

MPPB_20489 Shafie Naswip, pelakon pelapis yang berbakat besar

MPPB_20488Lakonan mantap Sheila sebagai seorang ibu yang tabah 

Lakonan pelakon lain pun memang bagus. Aku suka pelakon cilik yang jadi adik bongsu,Siti Maryam dalam telemovie tu. Comel dan very talented. Pandai Sheila pilih pelakon kanak2.

Untuk JS Pictures, congrats sekali lagi dan keep up the good work!my signature5

2 comments:

nizaa said...

salam singgah...drama ni mmg best sgt..

Ina Nur said...

TQ kerana sudi menyinggah.Mmg best.Tangkap sayu.Tak malu ngaku,nangis hehehe

Post a Comment