RSS
Malaysia Web Hosting

21 February 2010

Donut vs Keropok Lekor Warung Mok Naa

bismillah2 Actually, awal minggu sebelum trip ke JB dalam entry Durian R&R Pagoh, aku travel ke Kuantan. Bunyi cam best je kan? Pegi sana, travel sini, tak de la duduk terperap je kat ofis. Boleh tengok tempat orang.  Kalau dulu mungkin seronok la walaupun travel sebab komitmen kerja. Dapat jalan2 walaupun belum tentu dapat makan hehehe… Tapi sekarang, ok juga  walaupun tak seteruja macam dulu2. Dah umur2 cam ni travelling kadang2 memenatkan. Sometimes masa yang diambil untuk travelling lebih panjang dari meeting yang kena attend tu. Meeting mungkin amik masa sejam dua je, travelling more than that aaarrgghh….

Berbalik pada trip ke Kuantan tu,actually ada meeting dengan client, Yayasan Pahang. Tapi entry ni bukanlah nak cerita tentang meeting tu. Kang boring lak baca. Asyik cerita pasal kerja,kerja,kerja….

DSCN0371Satu lagi punca rezeki, Yayasan Pahang 

Kebetulan masa pergi tu, ada soft launch merasmikan satu cafe kat Yayasan Pahang tu. Bagus lah. Selama ni kalau ke sana memang susah sket nak makan2 ni. Kalau nak makan kena keluar ke Tanjung Lumpur. Sapa yang tak de transport memang problem la. Semua staf Yayasan Pahang dapatlah makan free donut hari tu. Tapi, biasala kitaorang yang mendatang ni kena la beli sendiri huhuhu…

DSCN0369 Welcome to The Opening of Loaf Doughnut Cafe

Cafe yang dinamakan Loaf Doughnut ni ala-ala Dunkin’s Donut dan Big Apple. Selain daripada donut, ada gak jual puff, spagheti, sandwiches, cake dan roti. Pendekata, makan cam mat saleh la. Kalau nak cari keropok lekor ke, goreng pisang ke, sorry ya…tak jual kat sini. Donut kat cafe ni not bad dan cheap pulak tu. Seketul baru RM1.50 compare donut kat DD atau BA. Khabarnya, tepung donut kat sini diimport direct dari US. Wow! Ada kelas!

DSCN0362

Hari pertama Loaf Doughnut Cafe

DSCN0365  Donut yang setanding DD & BA tapi lebih murah

DSCN0364  Nak makan roti pun ada gak

DSCN0366

Kotak packing donut yang kiut

Congratulations atas pembukaan cafe ni. Deco memang cantik dan ada class walaupun lokasinya eerrr…..( i reserve my comment). Aku suka kotak packing dia. Kiut sangat! Wish the best of luck!

DSCN0370Senyum lebar my YP Team sebab dapat makan donut free…Big Boss belanja 

Big Boss dengan baik hatinya belanja we all makan donut hari tu. TQ Boss! Borong sampai 20 ketul. Beli ikhlas tau. Bukan ada udang sebalik mi sebab nak amik hati orang2 Yayasan Pahang hehehe…

Tapi, kalau dah jenis perut orang Melayu tu, mana nak puas  makan donut2 ni kan. Lepas abis tugasan kat YP tu, on the way balik KL, sempat menyinggah jap kat Warung Mok Naa. Antara warung terpopular kat Tanjung Lumpur tu.

DSCN0375

Warung Mok Naa yang famous seantero Kuantan

Memang tak sah kalau tak menyinggah (itupun jika sempat la,kadang2 termiss gak sbb balik KL dah malam huhuhu…).

Kat Warung Mok Naa ini macam2 ada. Ada nasi dagang, nasi campur, laksam, sata, kuih-muih dan sudah semestinya keropok lekor la!

Hari tu kitaorang pekena udang goreng panas2.Fuh!Memang menyelerakan. Sorang dapat 6 ketul udang (lupakan seketika tahap kolesterol anda). Fresh dan murah. Kalau kat KL sorry la nak dapat harga macam tu.

08-02-10_1750Udang goreng yang masih panas sorang satu, tak payah rebut2

08-02-10_1751 Sotong goreng pun best gak.

08-02-10_1747 Air jagung spesel Warung Mok Naa memang superb! Rugi kalau tak cuba.

Memang best makan kat Warung Mok Naa tu. Lagi best bila Big Boss yang belanja lagi sekali…hehehe… Timakasih daun keladi Bos, nanti pegi Kuantan bolehlah belanja lagi hahaha….

Walau apapun yang kita makan, tak kira la makan donut ke, makan keropok lekor ke, semua tu bergantung pada citarasa masing2. Yang penting, kita hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana kita masih lagi sihat dan berselera untuk menikmati makanan yang enak2 ni…Alhamdulillah…Amin…..

Nota kaki:

Kalau En.Sham (Finance Mgr YP) terbaca blog ni, bolehlah belanja donut ye kalau saya ke YP lagi. Promosi free ni..hehehe…

my signature5

0 comments:

Post a Comment