RSS
Malaysia Web Hosting

18 February 2010

Durian R&R Pagoh

bismillah2 Minggu lepas, sebelum Chinese New Year, aku ada ke JB, Larkin to be exact. Biasalah…work commitment. Ada meeting dengan client pada pagi Jumaat. Plan awal nak pegi petang Khamis, tapi biasalah kita hanya merancang,Allah yang menentukan. Client2 pulak macam berpakat je. Time tu la semua nak minta itu ini. Nak proposal la, nak surat, apa2 je la… Kesian kat my big boss…tensen giler. Dah la tu, semua nak ASAP.
At last, bertolak dari KL lebih-kurang pukul 11.00 malam dan sampai JB pukul 3.00 pagi. Ngantuk giler.. Tidur macam kayu balak!
Pagi2 lepas breakfast kat hotel, pergi melawat kawasan…hehehe macam wakil rakyat la. Tak de la, pergi menjenguk staf aku yang kena station kat client’s site. FSCN0421
Satu daripada punca rezeki, Yayasan Pelajaran Johor
Actually, kitaorang ada projek di Yayasan Pelajaran Johor. Kena develop satu sistem kat sana. So, my team untuk projek ni dah dieksport ke sana. Kena stay dalam sebulan untuk proses installation, testing dan user acceptance. Proses2 biasa dalam system development. Kalau orang IT biasalah dengan all these stuff. Kalau orang bukan IT tak faham pun tak apa. Tapi, kalau orang IT tak faham, ha!itu kes naya!
Team YPJ yang hardworking dan berdedikasi teamypjDari kiri:Rini,Idris dan Kurin. Seorang lagi tak de sebab cuti bertunang. 
p.s untuk my YPJ Team :
Dapat projek bonus nanti, jangan lupa belanja Kak Ina ya kerana puji2an diatas..
Lepas meeting, cabut lah balik. Ye, la nak tunggu apa lagi kan. Lagipun, dekat nak Chinese New Year, kebetulan cuti panjang lak tu. Mesti highway jam.DSCN0428
Especially, rombongan CIk Kiah dari Singapore akan ramai2 turun ke Malaysia untuk bercuti.
DSCN0426 Highway dipenuhi rombongan Cik Kiah dari Singapore
On the way balik, seperti yang diduga, jalan jam giler. Hujan renyai2. Gerak macam kura2. Hmmm..ini mesti ada kes accident la ni. Tragedi biasa di musim2 perayaan. Statistik kemalangan terus meningkat walaupun macam2 kempen dibuat. Ops pun dah macam2 nama ops dah buat. Tapi hasil nya? Hampeh! Kenapa yek? Hmm…bukan salah jalan, bukan salah kerajaan, bukan salah tol, tapi sebenarnya semua salah manusia sendiri. Sendiri mau ingat la beb! Tapi ada juga punca eksiden diesebabkan kecuaian orang lain. Apa2pun, jadilah pemandu berhemah dan selebihnya kita bertawakal  kepada Allah ye..Renung2kan…
Ha! Memang sah. Ada eksiden.
DSCN0430Kawasan kemalangan
Ada jip askar terbalik. Remuk gak jip tu. Tak pasti apa puncanya. Harap2 tiada nyawa melayang.
DSCN0431 Jip malang mangsa kemalangan
Sebaik je melepasi kawasan eksiden, traffic terus OK. Tak de jam lagi. No more bumper to bumper. Lancar je. Alhamdulillah.
Kemudian, singgah kat R&R Pagoh. Ingat nak pekena durian. Yes!DURIAN! Actually dah dua kali dah pekena durian kat R&R Pagoh ni. Memang sedap dan murah compare dengan durian KL. Kononnya nak pekena sekali lagi la. Nak cari si Ah Chong, penjual durian haram kat R&R tu.Hahaha..bukan durian tu haram tau, durian tu tetap halal. Cuma penjual durian tu je yang illegal sebab tak ada lesen. Diorang jual bukan saja durian tapi buah2an lain secara illegal dengan motorsikal kat R&R tu.
DSCN0156 Penjual buah2an illegal kat R&R
Dengan Ah Chong ni harga boleh lebih-kurang. Maklum lah dah jadi ‘regular customer’ hehehe…Ah Chong boleh bagi best price.
DSCN0155 Ah Chong, si penjual durian illegal.
Sempat snap gambar si Ah Chong  dengan durian dia masa trip ke JB sebelum ni.
Sambutan memang hangat walaupun pihak PLUS dah letak banner tak bagi beli dari penjual illegal ni. Tapi, kalau harga yang kita dapat lebih murah dari beli kat gerai2 di R&R tu, siapa nak tolak kan…hehehe…
DSCN0436 Amaran oleh PLUS. Tidak digalakkan membeli buah2an dari penjaja jalanan/haram. Ada aku kisah ..hehehe…noti noti!
Biasanya, aku belasah kat situ je durian tu. Tak sempat nak bawa balik pun. Lagipun, kalau bawa balik, alamat kereta berminggu2 la beraroma durian. Susah sungguh nak hilang. Patutlah durian digelar “THE KING OF FRUIT!”.
DSCN0154
 Durian R&R Pagoh yang lazat hingga menjilat jari.Meliurkan & Menggiurkan!!
Pose durian ni pun diambil masa trip ke JB sebelum ni.
Ai say man! Hari tu si Ah Chong tak ada lak. Agaknya sibuk buat preparation nak beraya kot. Gong Xi Fa Chai Ah Chong!. Kensel plan nak makan durian. No..no…bukan sebab si Ah Chong, tapi kerana durian naik harga secara mendadak. Fuh!Tak berbaloi! Ada la penjual durian illegal lain kat situ. Huh!Memang cekik darah betul. Mentang2 la Singaporean ramai turun. Durian 4-5 ulas yang dah dipack, harga RM15! Padahal last time, aku belasah dekat 4 biji..Yes! 4 biji, bukan 4 ulas. Tapi jangan lak terkejut . Belasah durian sampai 4 biji! Sure menggeleding kepanasan lepas tu hahaha!!! Ala!Durian saiz kecik je dan bukan aku belasah sorang2. Ada la orang tu. Join sekaki hehehe. Seronok la lebih2 lagi aku yang belanja! Selepas berlaku proses tawar-menawar (perkara wajib dalam urusan beli2 ni), dapatlah dalam RM15 gak .
So, bila harga durian sepack tu menyamai hargai durian 4 biji, memang langsung tak berbaloi2. Terus terbantut selera nak makan durian. Tak pe, next trip kita try lagi.Nampaknya kali ni tak de rezeki nak makan durian Pagoh. Biasalah kan,time ni  penjual tu nak buat untung giler2. Memang ramai manusia kat R&R Pagoh hari tu. Happening sungguh! 
DSCN0433
R&R Pagoh sesak dan happening
Orang cakap R&R Malaysia adalah antara the best in the world. Ya la kot..memang selesa pun dan banyak kemudahan. Especially, lepas diupgrade macam R&R Pagoh ni. Siap ada eskelator lagi untuk orang2 yang malas nak menapak cam aku ni! Tapi memang patut pun R&R di seluruh negara ni diupgrade selepas PLUS dah kutip berjuta2 duit tol kita kan. Barulah berbaloi2 membayar hehehe….
DSCN0435Kemudahan eskelator 
DSCN0432
Kemudahan playground untuk anak2
Harap2 next trip ada la si Ah Chong tu. No…no…bukan sebab rindu pada si Ah Chong. Ah!Tak koser aku nak rindukan si Apek Cina tu hehehe.Tapi rindu nak pekena durian Pagoh la! Berbaloi2…. my signature5

0 comments:

Post a Comment