RSS
Malaysia Web Hosting

07 March 2010

Boring Life ? Find A Hobby!

bismillah2 

"All work and no play makes Jack a dull boy." -- Don't be Jack, get a hobby!

Ada orang bila time kerja merungut, boring banyak kerja. Tapi, bila time cuti, merungut jugak, boring tak tau nak buat apa! Hhmmm….manusia…manusia…Semua tak kena! :-(

Why not find a hobby! According to Wiki---:

“A hobby is an activity or interest that is undertaken for pleasure or relaxation, often in one's spare time.”

Zaman sekolah dulu2, bila cikgu suruh buat karangan, hobi2 standard yang keluar dari minda bebudak sezaman aku biasanya main bola, melukis, baca buku, main congkak, main polis sentri dan lain2 yang mak bapak tak keluar banyak belanja. Compare dengan hobi bebudak zaman sekarang, main PS3, main Barbie Doll, collect Transformer Toy, internet, SMS..pendekata …kempis poket mak bapak!

Itu cerita bebudak2. Bagi orang dewasa pulak, macam2 hobi yang ada. Ada suka memasak, main futsal, fotografi, memancing, melancong, shopping (hobi yang tidak digemari oleh kaum Adam!)….pendekata..macam2 lah yang boleh dibuat untuk mengisi free time. So, kalau ada yang tak tau nak buat apa masa cuti2 tu, hhmmm….something wrong somewhere!

Kalau aku lak, hobby2 standard biasalah… baca magazine, tgk TV, mentenet, blogging (macam sekarang ni!) dan juga tidur. Eh! Tidur boleh masuk dalam kategori hobi ke? Whatever lah…

Boring la kalau cerita panjang lebar hobby2 standard tu kan. Actually,aku ada gak hobby lain yang aku nak share dalam entry kali ni.

So, keep on reading ya my dearest reader!

Fridge Magnet Collection

I don’t really remember when actually I started this hobby. Dah banyak gak fridge magnet (FM) yang aku collect. Sampai naik penuh depan fridge aku kena lekat dengan benda2 alah ni. Dah berapa bijik FM aku ni ya? Hmm…malas lak nak kira. Aku prefer collect travel FM. Ala yang kat FM tu ada nama2 tempat. So far dalam collection aku ada travel FM dari Medan, London, Yogja, Swiss, Las Vegas, Singapore, Vietnam, Iran, India dan lain2 lagilah. Travel FM local pun ada gak macam dari Sabah, Sarawak, Langkawi, Melaka, Penang  bla bla bla…

DSCN0437 My FM Collections

Biasanya FM ni aku beli masa pegi holiday. Ada jugak yang beli secara online dan  exchange dengan FM collector yang lain. Rupanya ramai peminat FM ni sampai ada yang buat bisnes jual FM kat internet.

The latest collection yang aku dapat ialah FM Tower Bridge London. TQ Kak Ngah sebab masih ingat nak belikan aku souvenir. Terharu huhuhu… Macam tau2 je aku suka FM. Suka..suka…(Wah!Bestnya Kak Ngah dapat pegi holiday kat UK. Lama lak tu!).

DSCN0558 My latest FM collection

Tak taulah kenapa aku suka collect travel FM ni. Bila nak amik apa2 dari fridge, selalu la aku dok belek2 FM aku tu. Rasa seronok je dapat tengok negara2 kat FM tu. Tak dapat pergi, dapat tengok FM pun jadilah. Boleh jadi inspirasi untuk kerja lebih kuat dan rajin lagi supaya cukup ongkos nak pegi holiday kat negara2 tu.

So, sapa2 yang pergi travel ke mana2 tu, kalau nak belikan aku souvenir, tak payah susah2 pikir. Belikan aku FM pun dah cukup bersyukur. Tapi, ada ke yang sudi nak belikan ya huhuhu….

Greeting Cards Collection

Selain daripada FM, aku jugak suka collect greeting cards. Yang bestnya hobby ni sebab aku tak payah keluar banyak belanja. Kebanyakan greeting cards tu, orang yang bagi. Aku terima dengan senang hati lalalalala…. Tapi kalau dah berkenan sangat tu, aku beli sendiri je.

DSCN0456My greeting cards collection

I love to collect greeting cards because the designs are so nice and creative. While the wordings are also beautiful and meaningful. But the most important reason is that I really appreciate what people has given me. Although some of the cards are not that expensive, but it’s the thought that counts. 

DSCN0460My greeting cards album

Aku memang amat menghargai greeting card yang orang beri. Biasanya aku simpan baik2 dalam album. Bila boring2, aku belek2 balik greeting card ni. Kadang2 aku senyum sendiri bila baca balik ucapan2 dalam kad tu…Nostalgia  gitu!

Ada diantara greeting cards tu dalam collection aku lebih dari 20 tahun! Contohnya kad kat bawah ni. Kad ni dari kakak2 senior ex-housemates aku masa belajar kat ITM Kuantan dalam tahun ‘80 an. Wah!Kalau simpan lagi lama boleh jadi barang antik kan. Mesti ada value. Agak2nya berapa juta laku? His!Berangan lebih! Doa umur aku panjang supaya sempat greeting cards yang aku collect ni jadi barang antik! Kalau aku tunjuk balik kad2 ni pada kawan2 yang bagi tu, mesti diorang terharu sebab aku masih simpan lagi dengan baik huhuhu…

DSCN0449Greeting card from my ex-housemates Room 2402,Bukit Sekilau,ITM Kuantan

Ada greeting card untuk birthday, friendship, good luck, goodbye (nak blah dari company pun ada orang bagi greeting card jugak ye..hehehe…). Tapi yang tak bestnya, greeting cards collection aku sekarang bertambah setahun sekali je. Masa birthday! Lagipun zaman sekarang ni orang lebih suka hantar virtual greeting card je huhuhu…. Jimat kos! Nampaknya kena cari hobby lain la nanti.

Selain dari collection FM dan greeting cards ni, aku ada juga hobby lain. Tapi cerita kat next entry la kot. Kalau cerita panjang2 kat entry ni, boring lak baca!

Apapun hobby yang kita ada, pastikan ia berfaedah, memanfaatkan masa lapang kita dan dapat membantu release tension ok..my signature5

2 comments:

ahmad din said...

penuhnya peti ais. :)

Ina Nur said...

Belum cukup penuh lagi tu.Ada lagi ruang2 yg boleh diisi hehehe...

Post a Comment