RSS
Malaysia Web Hosting

03 March 2010

The Silence of The Lambs

bismillah2
Satu lagi kisah tragis!
Satu lagi makhluk durjana!
Seorang lagi kanak2 comel yang malang!
Syafiah Humairah Sahari, mangsa terbaru makhluk durjana! Tak sanggup nak dibayangkan, tubuh anak yang comel itu didera dan disepak terajang. Apalah dosa anak ini didera sampai mati. Makhluk durjana yang membuat anak kecil ini menderita memang tak layak dipanggil manusia, waima binatang sekalipun! Sebab haiwan pun tau sayangkan anak. 
Syafiah sayang, berakhir sudah penderitaanmu. Semoga kau riang menari dan berlari di syurgawi. Berbahagialah di samping Pencipta mu.
Apa la nak jadi dengan negaraku yang tercinta ni? Dah rasa tak selamat lagi. Kes Syafiah meningkatkan lagi statistik kadar jenayah yang melibatkan kanak-kanak yang tidak berdosa.
Mungkin, ada di antara kisah2 tragis kanak2 ini kita sudah lupa. Ya,kita manusia memang mudah lupa. Bersama2 kita mengenang kembali kisah menyayat hati ini supaya kita sentiasa berhati2 dan berwaspada terhadap keselamatan anak2 kita yang dikasihi.
Tarikh
Nama Mangsa
23 Oktober 2000 Nor Shuhada Borak ( 6 tahun)
Ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.
6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi (2 tahun)
Mangsa diculik, dirogol dan kemudian dibunuh. Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan bogel di tebing sungai Kedah kira-kira 500 meter dari rumahnya di kampong Seberang Terus.Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa selain lebih dari 40 kesan luka
8 Januari 2004 Hasirawati Saridi (10 tahun)
Ditemui mati dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau Menggatal, Kota Kinabalu Sabah.
17 Januari 2004 Nurul Huda Abdul Ghani Musa (10 tahun)
Mati dicekik setelah dirogol dan diliwat oleh tiga lelaki di Gelang Patah. Anak bongsu daripada sembilan beradik itu dirogol di dalam pondok pengawal keselamatan yang terletak 100 meter dari rumahnya oleh pengawal keselamatan stesen janakuasa bersama dua lagi lelaki. Mayat kanak-kanak malang itu ditemui tanpa seurat benang di tubuhnya dan tersandar pada dinding tandas pondok pengawal Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam keadaan mencangkung. Mulutnya disumbat dengan sehelai kain dan tangan kanak-kanak itu memegang lehernya sendiri.
22 Disember 2004 Siti Syazwani Ahmad Dusukhi (9 tahun)
Ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia. Mayatnya ditemui mati tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung.
28 Januari 2006 Nurshafiqah Borhan (14 tahun)
Dijumpai mati dua hari selepas dirogol dan dibunuh. Mayatnya dilihat berada di dalam longkang dengan pakaian sekolah yang lengkap.
20 Ogos 2007 Nurin Jazlin Jazimin (8 tahun)
Nurin dikatakan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju. Nurin yang ditemui mati dalam keadaan menyayat hati, selepas pihak polis menemui beg pakaian sukan, berisi mayat kanak-kanak dalam keadaan kakinya terlipat di dada di bawah tangga sebuah bangunan. Pihak polis juga melakukan ujian DNA ke atas mayat tersebut dan ujian DNA mengesahkan 99.99 peratus sah sebagai mayat Nurin Jazlin. Sehingga kini penjenayah kejam yang telah membunuh mangsa belum lagi dikenalpasti.
1 September 2008 Sharlinie Mohd Nashar (5 tahun)
Sharlinie dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di taman permainan yang jaraknya tidak jauh dari rumah mereka di Taman Medan, pada jam 11.30 pagi. Sehingga kini pihak polis dan masyarakat sedang berusaha untuk mencari adik Sharlinie Mohd Nashar yang turut dikaitkan dengan pembunuhan kejam Nurin Jazlin.
12 Oktober 2009 Aaliya Aiman (3 tahun)
Ditemui mati akibat dirogol, diliwat dan digoncang dengan kuat oleh warga Afrika yang dipercayai teman lelaki ibu mangsa. Apa yang menyedihkan lagi, ibu mangsa turut terlibat dalam melakukan penderaan ke atas mangsa.
22 Disember 2009 Jane Doe (12 tahun)
Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati terapung dalam keadaan separuh bogel dan lehernya dijerut dengan sehelai kain di kolam tadahan banjir, Kampung Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Hasil bedah siasat, mangsa dipercayai dirogol dan diliwat beberapa kali akibat kesan koyak pada alat sulit mangsa yang disumbat objek tumpul. Dalam kes ini, teman lelaki ibu mangsa ditahan dan disoal siasat sebagai suspek utama berikutan aduan yang dibuat oleh ibu mangsa sehari selepas kejadian.
25 Februari 2010 Syafiah Humairah Sahari (3 tahun)
Syafiah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali.Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.
Sumber : Harian Metro dan Utusan Malaysiamy signature5

0 comments:

Post a Comment