RSS
Malaysia Web Hosting

13 March 2010

Take Me Home, Country Roads


bismillah2 
Country roads, take me home
To the place I belong
Alor Gajah, Negeri Melaka
Take me home, country roads…..
Sapa tau lagu kat atas? Mungkin ramai tak tahu, maklumlah lagu zaman2 otai. Lagu ni dinyanyikan oleh John Denver, American country/folk singer-songwriter yang terkenal pada tahun ‘70an dulu.  Dah meninggal dalam plane crash.
denverInilah John Denver, pada sapa yang tak kenal tu 
 
 
Apo yang ekau tekojut tu jang?. Ooohh….ado lak Alor Gajah, Negeri Melaka dalam lagu tu yo hehehe… Itu aku yang saja2 tukar nak sesuaikan dengan entry kali ni. Tak de maknanya John Denver tu nak nyanyi lagu sebut Alor Gajah, Negeri Melaka bagai. Mau tergeliat lidah mat saleh tu.
 
Apa lak kaitannya lagu ni dengan entry aku yek… Tak de apa la sangat. Saja je bikin saspen huahuahua…
Actually, bebaru ni aku gi outstation lagi. Bunyi cam best je kan. Ha!Bukan jalan2 cari makan tau, no..no…no.. tapi jalan2 cari rezeki. Kena buat presentation sistem kat Alor Gajah.
 
Ya,Alor Gajah…tanah tumpah darahku, tempat aku dilahirkan. Cheh! Nostalgia gitu! Itulah sebabnya aku pilih lagu John Denver kat atas tu. Kira jalan balik kampung la ni
alor gajah Pekan Alor Gajah yang colourful
On the way pergi ada lak eksiden, lori terbalik. Nasib baik highway tak jam.
 DSCN0564 Lori malang yang terbalik
Appoinment pukul 2.30 petang. Oleh kerana sampai kat Alor Gajah agak awal, so we all pekena cendol dulu. Gerai cendol ni terletak kat tepi parking lot sebelah  Muzium Alor Gajah.
10-03-10_1410  Gerai cendol yang famous kat Alor Gajah
10-03-10_1350
India asben & wife ni specialize buat cendol je. Benda lain dia tak jual kat gerai ni.
Aku respek la camne ane India asben & wife ni boleh dapat parking lot buat bisnes cendol ni ya? Agaknya dia sewa bulan2 dari MPAG kot  . Whatever it is, cendol dia memang sodap! Cukup lomak, kacang dan cendolnya. Kalau nak letak pulut pun boleh gak. Yummy!Yummy! Murah je. Satu mangkuk kecil baru RM1.20 (tanpa pulut). So, sapa2 yang datang Alor Gajah ni, sila2 lah  menyinggah kat gerai cendol ni ya.(Ane,ini saya kasi promosi sama u. Boleh dapat free cendol ka?)
10-03-10_1400Cendol yang meliurkan dan sesedap rasa…penuh satu mangkuk.
(Tolong abaikan background biru kat belakang ya)
10-03-10_1358  Kejap ada, kejap tak de. Semangkuk cendol yang dah licin.
10-03-10_1408 Bukan 1, tapi 4. Camne tu, minum cendol 3 orang tapi mangkuk licin ada 4.
Ha? Lu pikir la sendiri!
Lepas pekena cendol yang best ni, we all pun bertambah semangat untuk menjalankan tugas. Chewah!
Presentation petang tu buat dekat Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.
DSCN0566 Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah ni bersebelahan
10-03-10_1439 Tengah buat presentation. Ramai juga yang datang (atau kena paksa datang hehehe)
Lepas presentation tu, macam biasalah ada sajian untuk kudapan (acara wajib setiap kali meeting di pejabat gomen). Alhamdulillah…rezeki. Memang lapar pun, minum cendol mana cukup hehehe…
10-03-10_1552 Makan2 yeah!
Lagi best, bila dijamu dengan kuih udang Alor Gajah yang famous seantero Malaya tu!
10-03-10_1553 Kuih udang Alor Gajah yang meliurkan (lebih2 lagi bila lapar!)
Lepas dah selesai membelasah kuih udang, sempat jap menyinggah kat gerai makan depan PDTAG tu. Bukan nak makan no…no..no…dah puas menketedarah kuih udang tadi tak kan lapar lagi kot?. Tapi nak tapau kuih udang bawa balik KL.
DSCN0568 Gerai makan jual kuih udang yang berwarna ceria
DSCN0567 Bangunan PDTAG di seberang jalan je.Memang sohih,kuih udang aku makan tadi beli dari gerai kat sini.
10-03-10_1621Tak cukup tangan Tauke kuih udang amik order
Ha!Bos nak tapau untuk staf kat ofis. Baiknya bos…ingat gak kat staf ya walaupun staf selalu bikin kepala bos banyak fening lah!
 
Masa nak balik teringin lak nak lalu depan kampung halaman aku. Nak tengok rumah di mana aku dilahirkan. Aku tak lahir kat hospital. Dulu2 orang bersalin kat rumah je. Tak pergi hospital pun. Mak Bidan je yang tukang sambut baby,
DSCN0569 Rumah pusaka, tempat lahir aku
Inilah rumah pusaka tempat aku dilahirkan dan dibesarkan sehingga berumur 10 tahun.Rumah ni terletak kat Kampung Dalong, kira2 5 km dari pekan Alor Gajah. Betul2 tepi jalan on the way ke arah Tampin. Dah agak usang tapi tangga batu (trademark rumah2 kat Melaka) still maintain cantik. Rumah ni disewakan. Nasib baik ada juga ya nak sewa rumah2 kampung. Kalau tidak usang macam tu je la tak berpenghuni.
 
Al-kisahnya, suatu ketika dulu, rumah ni adalah rumah tercantik kat kampung Dalong ni. Jangan tak percaya. Dulu2 rombongan bas persiaran selalu berhenti depan rumah ni sebab nak ambik gambar. Kira glamer la time tu. Aku ingat lagi,  arwah Datuk tanam pokok bunga seri pagi (alaaa..yang bunga color purple tu) sepanjang pagar. Memang sangat cantik. Halaman rumah sungguh bersih dan terjaga. Hari2 arwah Puan (panggilan untuk nenek kat kampung aku) dan Datuk akan sapu laman. Keliling rumah ada pokok buah2an. Ada durian, manggis, rambutan, mangga, ciku. Pendekata kalau musim buah tu, tak payah beli. Petik je kat pokok atau kadang2 panjat macam Tarzan.
 
Tapi itu dulu. Sekarang semua dah jadi sejarah. Aku peratikan banyak gak rumah2 tinggal kat kampung2 ni. So, moral of the story. Tak payah la nak buat rumah yang besar2. Nanti bila kita dah pergi tak kembali, rumah kena tinggal gak. Anak2 pun balik sekali-sekala je. Itupun kalau ingat nak balik. Masing2 dah ada rumah sendiri. Lama2 rumah pun bertambah usang dan tunduk menyembah bumi.
On the way balik, singgah jap kat Masjid Al-Hidayah Simpang Ampat untuk bersolat.
DSCN0570 Masjid Al-Hidayah Simpang Ampat yang sedang dalam renovation
Lepas solat, balik KL lah,apa lagi. Balik? Belum lagi huahuahua….Tak abis story mory lagi ni. His!Panjang lak entry aku kali ni. Sapa2 yang boring baca tu, sori yek!
Kat seberang jalan dari masjid ni, ada satu gerai jual pulut panggang yang the very the sedap. Ha!Ini semua si Buck punya recommendation la. Buck ni my Business Development Manager. Pakar dalam bab mencari port makan yang sedap2 kat Malaysia ni. Cakaplah nak makan apa yang best2 dan kat mana. Gerenti dia boleh rekomen kat ceruk mana nak cari!
DSCN0572My Big Boss dan En.Buck tengah shopping pulut panggang.His!Shopping makan kalah orang pompuan!
DSCN0574 Tengok tu!Menggunung pulut panggang. Kejap lagi abis la tu!
DSCN0573Macam2 jajan ada dijual disini. Sokonglah produk tempatan!
At last, abis gak story aku balik ke kampung halaman ni. Tapi yang tak bestnya, on the way balik, terserempak lagi dengan eksiden. His! Apa ni. Pergi jumpa eksiden, balik jumpa eksiden. Dua2 lori lak tu. Dua2 terbalik.
DSCN0575 Musykil????…Pose lori terbalik macam sama je dengan masa pergi tadi
Anyway, Alhamdulillah, selamat sampai ke KL. Dan selamat jugalah kuih udang Alor Gajah yang ditapau oleh Bos dibelasah oleh staf2 aku kat ofis…hehehe…
my signature5

1 comments:

Penunggu Hujung Dunia (PhD) said...

Salam..menarik posting ni..mengimbau banyak kenangan tinggal kat Melaka dr 1997-2002. Pernah menyewa di Sg Udang, Taman Malim Jaya dan juga kat Masjid Tanah..Beberapa kali bawa team hoki lawan sekolah2 area Alor Gajah dan banyak event juga di sini.Last skali bulan 11 tahun lepas gi wat sembelih aqiqah lembu di Kg Gadek. Lps tu tidur rumah kawan di Taman Keris Emas..Melaka sentiasa lekat di hati

Post a Comment