RSS
Malaysia Web Hosting

11 January 2010

Congrats Yuna & Dan Sebenarnya….

bismillah2 Kalau baca tajuk entry aku kali ni,confirm dah boleh agak dah. Ni mesti nak bercerita pasal Anugerah Juara Lagu (AJL) TV3 ke 24 yang baru berlangsung 10/01/2010. Semua dah tau sapa pemenangnya kan, Aizat dengan lagu Pergi.

Aku bukan nak komen AJL secara overall. Malas ah. Dah ramai orang bagi komen dan review. Ada yang puas hati dengan result,tak kurang juga yang sakit hati. Adat bertanding kan. Ada menang, ada kalah. Yang menang tu dah rezeki dia, yang kalah pulak, jangan berhenti berusaha.

Kalau ikutkan my personal preference, aku lebih suka Yuna jadi juara. Why? Bcoz, I really like her song, Yang Sebenarnya tu. One of my favourites. Ala-ala Norah Jones. Walaupun, aku ni dari zaman rock kapak, but I really love the song. First time dengar lagu tu kat radio dalam keta, terus aku suka. Tertanya gak sapa penyanyi lagu tu. Nak kata penyanyi Indon. Tak macam bunyi penyanyi seberang pun.

Aku rasa lagu ni lain dari yang lain. Very soothing, fresh and easy listening.Tak macam, sesetengah lagu. Terpekik2 penyanyi macam nak putus urat sore, yang mendengar lak macam nak terpecah gegendang telinga!

yuna

The talented Yuna

Then baru tau Yuna nyanyi lagu ni. Tapi tak pernah lak tengok dia perform kat mana2. 1st time tengok dia perform masa semi-final AJL. Not bad at all for a live performance. So, bila lagu ni dapat masuk final, aku bajet boleh jadi Juara. Tapi dapat 2nd place. OK la tu. Not bad for a newcomer.

Congrats Yuna! Harap2 bila dah menang AJL ni, akan lebih aktif berkarya dan produce lagu2 yang berkualiti. Not like some of the artist, baru satu lagu popular dah tenggelam.

For Yuna, you’re not just a talented young artiste, but also beauty with brain. You go gal!

Enjoy the song!

DAN SEBENARNYA…YUNA

Oh bulan
Enggan melayan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

my signature5

0 comments:

Post a Comment