RSS
Malaysia Web Hosting

12 January 2010

Terapi Medan Elektrik

bismillah2 Baru2 ni aku telah diajak untuk join try satu terapi. Yang menariknya, terapi yang berasal dari Jepun ni menggunakan medan elektrik. Terapi ni didakwa mampu merawat masalah kesihatan seperti strok, darah tinggi, kencing manis, lelah dan macam2 lagilah penyakit zaman moden ni. Tetapi, yang membuat hati aku terbuka nak cuba-try-test-tengok terapi ni kononnya ia dapat mengurangkan berat badan juga. I repeat , “MENGURANGKAN BERAT BADAN! “
Kalau bab2 menguruskan badan ini, memang sah2 berjaya menarik perhatian aku. Kalau dapat turun sekilo-dua pun dah cukup bagus. Macam kebanyakan pompuan yang sekilogram dengan aku jugak la, kalau ada jalan shortcut (selain drp exercise!) nak mengurangkan lemak2 tepu kat body ni, memang minat sangat2..suka…suka….hehehe :-)
Pendek cerita, satu tengahari, aku pun pegi lah ke pusat terapi medan elektrik tu di Kelana Jaya. Nak citer lebih2 Kelana Jaya belah mana, akak pun tak dapek nak nolong. Sebab aku mengekor orang je. Tapi macam kat business center. Selain daripada Kelana Jaya, pusat terapi ni pun ada gak di beberapa lokasi lain.
Sampai2 kat pusat terapi tu, kalau untuk newcomer macam aku ni, kena daftar dulu untuk dapatkan kad ahli. Pusat terapi ni dibuka dari hari Isnin-Jumaat, 10 pagi hingga 2.00 petang dan 3.00 petang hingga 7.00 malam. Untuk sesi terapi, kita boleh pilih nak pukul berapa. Sesi terapi diadakan setiap jam. Yang bestnya, terapi ni dijalankan secara PERCUMA! Ya PERCUMA! Tak percaya ka…cuba lihat kat bawah :
06-01-10_1527Pusat Terapi Percuma
So, masa register tu, pendaftar tu pun tanyalah apa2 masalah kesihatan yang aku ada. Maka, mengadulah aku ni ada migrain, letih-lesu dan sakit lutut. Sakit2 yang lain aku rasa tak de. Alhamdulillah. Tapi, tak tergamak la pulak nak cakap pasal masalah lemak tepu aku tu huhuhu. Boleh masuk dalam kategori masalah kesihatan ke ni? Tapi yang nyata, penyakit(?) lemak tepu tak termasuk dalam senarai masalah kesihatan yang didakwa boleh dirawat oleh terapi medan elektrik ni.Cheh!Macamana informer aku boleh salah bagi info ni?
06-01-10_1441Masalah kesihatan didakwa boleh dirawat dgn Terapi Medan Elektrik
Sementara menunggu sesi terapi yang start pukul 3.00 petang, aku pun duk lepak2 la dulu. Nak hilangkan boring menunggu, aku pun bacalah testimonial pesakit2 yang pernah mengikuti terapi ni yang ditampal di pusat terapi tu.
06-01-10_1447Testimonial pesakit di tampal kat dinding
Then, seorang demi seorang datang kat pusat ni. Penuh gak la waiting area tu. Hampir semua yang datang tu Melayu dan dah masuk dalam golongan POP! (Nota : POP- Persatuan Orang Pencen ~ nama ini diberi oleh ayahku yang merupakan ahli POP juga~). Rasa2nya aku antara ‘termuda’ kat situ hahaha..
06-01-10_1455 Pakcik2 dan makcik2 sabar menanti sesi terapi
Kurang dari 10 minit sebelum pukul 3 petang, petugas pusat terapi tu pun bagilah green light untuk start sesi terapi medan elektrik tu. Hampir 30 orang join sesi petang tu. Aku pun dijemput masuk satu bilik yang dilengkapi dengan kerusi plastik. Satu pelapik di letak di tempat duduk dan satu lagi pelapik getah (macam alas kaki kereta je) diletakkan sebagai pengalas kaki.
06-01-10_1526 Bilik terapi
Satu alat yang mengeluarkan arus elektrik disambungkan pada pelapik tempat duduk tu. Masa aku duduk kat kerusi tu memang terasa la getaran kat kaki. Tapi, tak de la kita terasa macam kena renjatan eletrik. Kalau tidak memang naya la.
Mau tegak rambut dan kejung badan aku macam gambar kat bawah ni!  Electric-Shock
Aku tak tau lah secara saintifiknya macamana alat yang mengalirkan arus elektrik ni boleh membantu merawat penyakit2, tapi antara fungsi alat ni:

  • Mengalirkan arus elektrik untuk merangsang peredaran darah

  • Membersihkan kotoran dalam saluran darah

  • Menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal

  • Meningkatkan daya ketahanan serta mengimbangi hormon dalam badan

  • Membantu membina sel-sel baru
bios9000-small_03
Oleh kerana aku ni newcomer, so aku pun kena duduk kat baris depan. Masa tengah duduk tu tak dibenarkan makan,minum,tidur,baca dan bergayut handphone. Kena duduk tegak je. Ada la seorang mamat ini ditugaskan untuk memberi penerangan tentang rawatan terapi ni. Nasib baik pak lawak juga la mamat ni. Kalau tak, mau ada yang berdengkur dalam bilik tu sementara nak tunggu 30 minit sesi terapi tu habis. Kerana aku ni orang baru,1st timer, so mamat ni pun jadikan lah aku ni ‘tetamu undangan’ untuk petang tu. So, macam2 soklan yang dia tanya yang suruh aku jawab. So aku layan je la dengan poyo nya. Nak tolong ceriakan suasana. Kalau tidak kena duduk tegak macam patung cendana boring gak.
Dalam reramai yang join sesi tu, macam2 la masalah kesihatan yang diorang ada. Ada yang kena sakit buah pinggang, sakit jantung,strok etc. Bila dengar penyakit2 diorang tu rasa bersyukur sangat sebab setakat migrain, sakit lutut aku tu nothing kalau compare dengan penyakit pakcik2 dan makcik2 ni. Alhamdulillah kerana Allah memberi aku kesihatan yang baik. Tapi, mungkinkah apabila aku dah sampai umur POP aku pun menghadapi masalah yang sama? Wallahualam…
Selepas 30 minit, tamatlah sesi terapi tu. Menurut mamat perunding kesihatan tu, kalau nak tengok efek kesan rawatan ni, kena datang terapi 3 minggu berturut2. Hhmmm…tang ni yang den lomah ni. Al-maklumlah den ni kojo. Lain lah pakcik2 dan makcik POP tu. Diorang no problemo nak datang hari2.
Bila lah agaknya aku dapat buat lagi terapi ni yek..best gak..nak tengok efeknya. Betul ke penyakit lemak tepu aku tu dapat dikurangkan hahaha… Adakah esok, lusa, tulat, minggu depan atau bila aku dah berada di dalam kumpulan POP? Wallahualam… my signature5
p/s agak2nya company pengedar alat terapi tu boleh bagi aku komisyen tak sebab promote produk dia ni hehehe!!!

2 comments:

azlyyna said...

hye..nk pggil aper ntah.slamt berkenalan.byk sgt post anda..thanks for sharing..oho..terbaca blog awk ni sje nyinggah.sbb sy pn pnh p buat treatmnt gak.~~

iN@Nur said...

Hai Azlynna

Terimakasih kerana sudi menyinggah. Boleh panggil kak ina saja.Masih teruskan treatment ke? Kak Ina lepas buat kat Kelana Jaya tu,sambung lak kat Pandan Indah sbb dekat sket.Tapi sekarang dah stop.

Post a Comment