RSS
Malaysia Web Hosting

22 January 2010

Welcome Back To Work!

bismillah2 Last week, almost a week aku tak masuk ofis. Ponteng keje? No..no..no… Actually semasa entry Congrats Yuna dan Terapi Medan Elektrik ditulis, aku ada kat my hometown. Taking care of my parents. Both of them tak sihat sejak balik dari mengerjakan umrah. Emak start tak sihat dua hari sebelum balik Malaysia semasa berada di Taif. Mungkin cuaca di Taif yang sejuk sangat. Kesian mak :-(. Masa nak balik kat airport terpaksa pakai wheelchair kerana tak larat nak jalan. Ayah pulak tak sihat dua tiga hari lepas balik Malaysia. Demam,batuk dan exhausted.

Tak sampai hati lak nak tinggalkan mereka berdua terlantar kat umah dalam keadaan tak sihat. Adik2 pun baru je amik cuti panjang sebab ikut pegi umrah juga. So, tak kan nak cuti lagi. Itu pun cuti dah extend sebab lambat dapat visa (masalah biasa orang nak pergi umrah!). Mungkin itulah hikmahnya aku tak join they all buat umrah. Aku dah pergi dulu, bulan April 2009. Rupa2nya ada tugas dan tanggungjawab menanti.

Mungkin juga Allah SWT suruh take a break dari asyik nak pikir pasal kerja, pikir pasal duniawi. Time untuk berbakti pada kedua orang tua. Rasa berdosa kalau tak jaga dan biarkan mereka. Ya Allah! Jangan lah aku menjadi anak yang tak bertanggungjawab!

klinik Klinik Dr.Zaini, doctor fav my parents

11-01-10_1015 Tengah menunggu nak jumpa Dr. Zaini

Nasib baik company sendiri. Jadi boleh lah cuti panjang sket. Kalau keje dengan orang, alamatnya kena amik cuti tanpa gaji la. Big boss pun dah bagi green light. TQ Boss! Lagipun, aku boleh buat keje dari rumah. Asalkan ada laptop dan internet connection..beressss… Keje2 kat opis tu, nasib baik ada staff yang boleh diharapkan untuk backup. Thank you so much Idris and Kurin! Kak Ina really appreciate your help.

Alhamdulillah, semasa aku balik semula ke KL, mak dan ayah dan beransur pulih. Ayah dah berselera semula makan dan mak dah boleh masak sikit2 (indikator untuk ayah dan mak kalau tak sihat!). So, aku pun boleh lah balik KL dengan tenang.

So, minggu ni, back to normal yet hectic life. Meetings, presentations, discussions, project monitoring, site support, system installation, staff assigments, problem solving, company matters bla..bla..bla…

Well, this is the journey of my life….

life_quotes_graphics_05

my signature5

0 comments:

Post a Comment