RSS
Malaysia Web Hosting

03 January 2010

Tahun Baru,Kamera Baru

bismillah2 Sempena cuti Tahun Baru 01/01/2010, lepas abis sesi interview pagi tu,petang aku gi ronda2 kat Ampang Park lak. Saja jalan2, boring lak duk terperap kat umah. Rasanya dah lama tak gi shopping window shopping. Orang tak ramai,senang nak parking.Tak macam selalu.Kena beberapa kali pusing2 baru dapat parking.

Lalu kat kedai kamera tiba2 terpanggil lak nak masuk.Memang dah lama nak cari kamera.Selalu pakai kamera phone je. Tapi gambar dah tak sharp, blur je (ceh!alasan). Kadang2 pinjam kamera adik.Pernah gak ada beli kamera tapi sejak dah jadi hakmilik company ni tak tahu la simpan kat mana.

Saja je tanya2 salesgirl Melayu tu.Nak cari yang murah2 je.Tak payah nak mahal2 pun.Asalkan boleh snap cukup la.Lebih2 lagi dah ada blog ni,senanglah nak upload gambar kan (ceh!alasan lagi). Tapi,salesgirl tu tak berapa pandai nak layan. Boring la.Tak pe dik!Akak pegi ronda2 dulu.

Lalu satu lagi kedai kamera,redah je masuk. Salesman cina ni agak peramah.Aku cakap aku nak camera yang tak mahal punya.Basic function. Dia pun introduce aku satu model Nikon. Bersungguh2 dia explain semua function yang ada dalam kamera tu.

clip_image001

2nd kedai kamera di mana aku telah diperdayakan...huhu..

So,hasil dari pujuk rayu dan ayat2 power salesman cina tu,maka aku pun terbelilah ......(macam bunyi terpedaya je... hu hu)

01-01-10_2054 Kamera baru ku

Harga boleh tahan la...sesuai untuk orang2 yang tak berduit berjimat macam aku.Tapi kan,kalau dapat yang lebih canggih lagi best kan..kan... Gambar mesti lagi cantik. Dah beli eeerrrr....rasa macam tak best jek. Hmmmm!Manusia memang tak pernah puas.Tak tahu nak bersyukur.Astaghfirullah....ampunkan diriku ya Allah.

Bersyukur lah dengan apa yang ada dulu,ikut kemampuan kita.Nanti jika ada rezeki lebih boleh lah beli yang lebih canggih (ayat nak pujuk hati hi...hi...)
So,lepas dah selamat beli kamera dengan duit plastik aku (credit card la tu), tiba-tiba rasa lapar lak. Jom pekena McD. Dah lama tak makan kat McD. Hari tu aku pekena set 'prosperity burger'. Purposely makan prosperity burger pada 01/01/2010 ni. Hope 2010 will be a prosperous year for me...InsyaAllah...Amin....

clip_image003
McD Prosperity burger..model pertama camera Nikon baru ku ini...

Lepas sesi memperabihkan duit menambah utang kat Ampang Park tu..sampai aje kat umah, apa lagi ...jeng..jeng..jeng...sesi menge'test' new toy aku tu pulak..he..he.

clip_image004
my home sweet home..jadi bahan testing
clip_image005
test lagi...
clip_image006
dan lagi...

clip_image007
my japanese carp lak jadi bahan testing

clip_image008
candle perhiasan pun tak terlepas jadi mangsa

So far ok la camera ni untuk novice macam aku ni. Tak sabar2 nak amik gambar dengan camera ni dan upload dalam blog aku nanti... my signature5

0 comments:

Post a Comment