RSS
Malaysia Web Hosting

05 January 2010

Mini Reunion

bismillah2 My BFF,Zura sudah lebih dari 10 tahun menetap di South Dakota,USA. Dah jodoh dia di sana kan. She is blessed with two beautiful kids, a boy (Daniel Mustapha) and a girl (Maya Amira). Pada 25 Disember 2009, Zura and dotter dia yang comel tu ada balik Malaysia untuk bercuti selama 2 minggu. So, terlanjur Zura balik tu, dia teringin nak jumpa kengkawan lama. I pun teringin gak he..he.. So, we planned nak buat reunion la konon2nya dgn semua ex-coursemate masa kat ITM (sekarang UiTM) dulu.

So,hasil dari last minute planning, ini lah korum yang datang…

Me-Zura-Maya-Effy-Deni from left : Little Maya,Zura,Deni,ME,Effy

Tolak Little Maya, 4 orang je la yang ada.OK la tu…kan…he..he.. Yang lain2 ada komitmen. Ya la..cuti panjang.Dgn budak2 nak start sekolah balik, kenduri, balik kampung dan macam2 lagi la..

Seronok jugak walau 4 orang je. Especially,kalau ada si Effy. Aduh!Nak gelak memanjang dengar celoteh dia.Dengan Effy memang dah lama tak jumpa. Lepas grad,langsung tak pernah jumpa. Almost 19 years… Dengan Deni,pernah gak keluar makan ramai2 masa zaman single-mingle dulu. Begitu jugak dengan Zura. Lepas dia kahwin dan migrate US, pernah jumpa sekali kat KLCC pada tahun 2006. Masa tu dia balik kejap with the whole family.

Macam2 kita gebangkan kat Hailam Kopitiam di Tesco Cheras tu..Kisah dulu, kini dan akan datang… he.. Yang tak tahan nak gelak tu, sempat lagi buka facebook masa gebang2 tu...

Untuk Zura,Deni dan Effy…I really enjoyed our moment together…

Sila lah lihat gambar2 masa gathering kat bawah yang diambil dengan camera cap ayam aku ni (ehem!)..

my signature5

0 comments:

Post a Comment