RSS
Malaysia Web Hosting

03 January 2010

Interview Cuti Tahun Baru 2010

bismillah2 Cuti tahun baru 01/01/2010, lepas breakfast kena pegi office.Keje?No...no...no...Actually nak conduct interview untuk new programmer.Saja je set hari cuti.Hari lain takut bos sibuk lak.Set appointment 10.30 am.Tapi tak sampai2 lagi. Hmmm..mana lak budak ni.Call tak jawab pulak.Datang ke tidak? Dah ada a few cases kita punya la set appointment interview,haram tak nampak batang idung.Dik oi!Kalau u tak mau datang,bagi la tau,jangan la sonyap jo.
Nasib baik candidate ni SMS beritahu terlewat sikit sebab tersesat jalan.OK no problem.Kita boleh tunggu.Bila sampai,minta isi job application form.Kita tak de la nak conduct IQ test ke,attitude test ke or whatever test la..Maklum la, company kecik je. Tengok your resume,present any IT projects that you've done,soal-selidik sket..kalau berkenan kita employ la.
Masa interview,minta la candidate ni present projek IT dia. Tak kisahla. Project dia masa U dulu ke,assignment ke whatever la..kita nak evaluate skill programming dia.Iyelah..kita kan nak cari programmer. Bila run program..hmm tak jalan lak.
Interviewer1 : Aik!Camne ni dik!U tak prepare awal2 ke?
Interviewee : Saya pun tak tahu kenapa jadi cam ni.Malam tadi saya test OK je. (Rasanya macam dah selalu dengar pattern alasan camni!)
Interviewer1 : Habis tu kenapa program you tak boleh run?
Interviewee : Ni sebab XAMPP punya application tak start lagi.Mungkin sebab version lama sebab saya uninstall malam tadi. (Pattern alasan camni pun dah selalu dengar!)
Interviewer1 : Laaa...apasal you ambil risiko pegi uninstall malam tadi.Kan pagi ni you nak ada interview.
Interviewee : Lagi pun malam tadi saya balik lambat sebab ada CSR training.So tak dapat nak check betul2.Mungkin saya kena install balik XAMPP ni.
Interviewer2 : Lambat ke nak install balik? ~ dengan nada boring :-(
Interviewee : Kejap je..
Interviewer2 : OK you install balik.
To cut the story short,lepas install balik application tu program masih tak boleh jalan.Kadang2 rasa suspicious gak,betul ke dia yang buat program ni.Terkial2 je aku tengok.Macam tak tau nak buat apa.Hiss!Jahat betul pikiran aku ni.Tak baik buruk sangka.
Oleh kerana dah dekat nak solat Jumaat,so kita terpaksalah end the interview.Tell the candidate to go back,prepare your stuff properly then call us back to set another interview.(Itupun kalau kitaorang masih berminat nak interview dia lagi la!).
So moral of the story..
Adik2 fresh grad di luar sana kalau nak gi interview tu… be prepared! Otherwise,you are not just wasting your time but other people's time too..my signature5

0 comments:

Post a Comment