RSS
Malaysia Web Hosting

31 January 2010

The Unfinished Mission

bismillah2Pada 26/01/2010, jam 11.41 pagi, terima satu SMS yang di’forward’ oleh my big boss kepada aku.

“Salam. Projek pmbgunan ***** telah dibatalkan kerana tak masuk dlm agenda pd ** Jan nanti. Makluman dtrima setakat hari ni. Harap dapat stop dulu. Kami akan hubungi kalau ada perkembangan baru. Harap maklum dan mohon maaf. TQ”-

Dah agak dah. In fact, a day before I’ve already raised my concern to my big boss about this project. So risky. Marah? Tak, aku tak marah. Dah tak de rezeki. Keciwa? Tipu, kalau tak ada. Cuma rasa kesal dengan cara sesetengah kakitangan gomen bekerja. Very uncertain, tak sure dengan apa yang mereka nak buat. Buat kerja just “SAYA YANG MENURUT PERINTAH”, play safe. Suka buat ad-hoc project especially kalau ada menteri nak datang melawat.

sabarInilah risiko yang perlu dihadapi oleh company kecil macam company aku ni. Bila desperate, baru orang datang mencari. As a small player, we have to grab whatever opportunity comes. Walaupun berisiko kerana tak ada hitam putih. Especially, ad-hoc project macam ni. Lagipun, kita berniat baik, tidak ada prasangka. Nawaitu kita:

  • Mendapatkan projek (walaupun kecil) untuk menambah sumber kewangan company
  • Membantu manusia2 yang desperado

Walaupun tak ada sistem ***** yang full fledge tapi we all yakin boleh siap before deadline. Aku dah beberapa hari tidur pukul 4.00 pagi just to make sure dapat siapkan before **/01/2010. Maklumlah, dapat projek ni pun short notice. A week before, Mr. A and 2 other officers (Mr. B and C) from agency XYZ desperately contacted us asking for our help to develop a mock up ***** system to be launched on the ** Jan. Actually, they all dah ada dah system ***** ni. Tapi biasalah, projek agensi kerajaan. Half-cooked. Ada sistem, tapi content tak ada. So, bila boss kata nak launch sistem, ada Menteri lak tu, apalagi menggelabah rock la. Semua nak selamatkan diri masing2.

***** Catatan :Atas faktor2 keselamatan, nama2 orang, lokasi, tarikh dan tempat kejadian terpaksa dirahsiakan.

So, we all atas dasar seperti yang dinyatakan sebelum ni, cuba membantu mana yang patut. Lagipun, Menteri yang nak launch. Good for our company. Tapi, based on my observation from the last discussion we had with Mr.A+B+C, my conclusion : THERE IS NO EVENT FOR ***** SYSTEM LAUNCHING! Apa yang dikatakan so-called pelancaran tu adalah cuma acara selitan sempena kehadiran Menteri di satu majlis. Mungkin boss Mr.A+B+C nak bodek Menteri kot!

Yang funny nya, majlis tu pun bukan agensi XYZ yang anjurkan, tapi agensi lain. Agensi XYZ just menumpang je. So, macamana nak buat launching kat majlis orang? Aduhai!

Entry ni bukanlah nak memburukkan sesiapa, sekadar satu catatan dan perkongsian pengalaman, liku-liku yang terpaksa dihadapi oleh company kecik untuk mendapatkan projek rezeki yang halal. I try to look at the positive side of it (walaupun hati tangkap syahdu tapi belum sampai tahap leleh lagi hehehe!). Sekurang2nya, I dah ada mock-up sistem ***** yang boleh digunakan sebagai marketing material. Mana lah tau, tak jadi kat agensi XYZ, mungkin Allah SWT buka pintu rezeki kat tempat lain. InsyaAllah…

quranimageimage

Nota kaki **** Kepada pihak2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, samada hidup ataupun dah jadi arwah, aku minta maaf kalau ‘terasa pedas sebab termakan cili!’.

my signature5

0 comments:

Post a Comment